Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 15, 2012

Selamat Kembali

Assalamulaikum,

Apa khabar pengunjung alam maya yang masih lagi singgah di blog saya yang sungguh sepi beberapa bulan ini.  Setelah entri yang lepas saya masih lagi rentak untuk menulis dan berkongsi cerita dengan kalian semua, sibuk bagaikan Perdana Menteri tak sempat nak mengadap lappy kesayangan ku.

Berkenaan tajuk entri yang lepas, mungkin ramai yang nak tahu apakah yang berlaku selepas itu kan....  keputusan muktamad telah diambil saya telah berhenti kerja.  Setelah difikir berulang kali dan bermohon kepada Allah keputusan yang bakal diambil akhirnya hati ini berat kepada berhenti kerja.  Saya rasa rezki saya lebih luas lagi bila berada di luar.

Saya jugak tidak duduk berdiam diri, goyang kaki tanpa berbuat apa-apa, tapi semakin sibuk menghadiri kelas-kelas membuat kek dan mendeko kek, menerima tempahan membuat kuih, katering dan macam-macam lagi.  Sampaikan anak-anak cakap ibu ni lebih sibuk semenjak berhenti kerja.

Sebelum terlupa saya nak promote rakan-rakan menjadi follower blog saya yang baru sangat dilancarkan iaitu Saliha Sweet Home.  Insya'allah akan sentiasa diupdate dari masa hingga kesemasa.

Wasallam.

Friday, October 5, 2012

Berhenti atau Tidak???

Assalamualaikum,

Tentu terkejut kan dengan tajuk di atas.  Kenapa pulak nak berhenti berblogging ker tuan rumah ni atas sebab tak de modal nak tulis ke?  Sebenarnya hati ni sedang berbelah bagi samada nak berhenti kerja tau tidak.  Kenapa ya?  Saya sekarang bekerja di kilang elektronik Sharp di daerah Batu Pahat sebagai seorang kerani selama 22 tahun.  Anda boleh baca artikel lama saya Tempat Kerjaku Dah Berusia 100 tahun sememang saya berbangga dengan sejarah itu, menunjukkan Sharp sebuah syarikat yang sangat kukuh.

Sesungguhnya kita hanya merancang hanyalah Allah yang mengetahui segalanya, ku harapkan panas hingga ke petang  rupanya hujan di tengahari.  Selepas peristiwa Tsunami March 2011, keadaan produktiviti syarikat semakin tidak menentu, kami para pekerja mulai merasa bimbang kerana tiada lagi kerja lebih  masa, ada mengeluarkan VSS (Voluntarily Separation Scheme) beberapa kali sebelum ini dan banyak penutupan line production.  Baru-baru ini syarikat ada mengeluarkan lagi sekali VSS untuk pekerjanya dan ada mendengar khabar berita bahawa selepas ini syarikat akan bertukar tangan kepada syarikat dari Taiwan boleh baca dari link ini.


sumber

Jika syarikat telah bertukar tangan mungkin tiada lagi VSS tetapi akan dikeluarkan CSS (Compulsory Seperation Scheme) pulak.  Banyak beza antara VSS dan CSS antaranya VSS banyak kelebihan diantaranya sesiapa yang hendak boleh mohon dan pengiraaannya pampasan termasuk gaji x 1.75 x tahun bekerja + bonus + cuti tahunan yang tinggal.  CSS pulak apa saya dengar hanyalah gaji x 3 bulan dan sesiapa saja boleh terpilih.

Saya telah memikirkan segalanya tentang apa yang perlu saya buat selepas ini, anak-anak pun menggalakkan sebabnya mereka suka jika saya ada dirumah, selalu ibu balik dari kerja ibu akan stress.  Suami lagilah suka kerana sudah lama dia suruh saya berhenti kerja untuk membantunya menguruskan perniagaan kecil-kecilannya cuma tak confiden sebab nanti tak bokeh pegang duit sendiri.

Saya hanya bermohon kepada Allah semuga segala keputusan yang bakal dibuat nanti ada Rahmat di sebaliknya. Insya'allah.


sumber

Jika ada sesiapa yang memberi cadangan yang baik untuk saya lakukan selepas ini bolehlah beri komen.  Mungkin ada cadangan yang boleh difikirkan.










Thursday, October 4, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 6 Nur Humairah Binti Salim

Assalamualaikum,

Bersemangat sungguh nak mengupdate blog selepas mendapat suntikan semangat dari rakan-rakan internet.  Terima kasih tak terhingga tetapi takut juga kalau baru-baru aje, dah lama M besar aka malas timbul terbengkalai lagi blog ni.

Hari genap umur 6 tahun anak yang bongsu, Nur Humairah yang belajar di pra sekolah di daerah ini.  Setiap hari asyik bertanya bila ibu nak bawak jajan untuk diberi pada kawan-kawan di sekolah.  Jadi semalam saya mengambil cuti tahunan separuh untuk membungkus jajan dan membuat sedikit kek untuk diberikan kepada kawan-kawannya.  Bukan main suka lagi dia teruja sangat sampai comot-comot muka tolong ibu dia membuat kek cawan coklat.  Resepi kek coklat diambil dari blog hasue katanya kek coklat lembap chef zubaidah, memang terbaik tak manis dan sungguh lembap.  Terima kasih Hasue di atas resepi itu.

Ibu mendoakan Ayuni (nama samaran untuk Nur Humairah sebab masa dia kecik dia tak sihat pak imam suruh letakkan nama lain) menjadi anak yang soleh, bijak dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.  Amin


inilah hasil kek coklat ibu

kek coklat yang dah siap dipacking

goodies bag untuk kawan-kawan


Selamat Pengantin Baru - Suhaila & Muzaffar

Assalamualaikum,

Agaknya sibuk selama seminggu ini, berulang alik ke kampung kerana menyiapkan persiapan untuk menerima orang baru di rumah kakak ipar saya.  Almaklumlah anak pertama mestilah banyak yang perlu dilakukan tapi bukan anak sulung yang berkahwin tetapi adiknya dahulu.h

Orang kampung mestilah segalanya nak di buat sendiri barulah kata orang datang feel nak buat kerja kahwin.  Sebenarnya  ramai anak saudara yang dah berkahwin, sekarang dah jadi nenek kepada 8 orang cucu sedara.

Seronok bila dah jumpa semuanya, sungguh meriah dan bila dipanggil nenek cik terasa dah tua pulak, tapi best.  Harap dapat menjamu mata sekitar majlis perkahwinan.

 Semuga Suhaila dan Muzaffar (Ila dan Apor) berbahgia menempuh alam rumah tangga, bertolak ansur dan berkekalan hingga ke syurga. Amin

bersanding di rumah suhaila

bersanding di rumah Muzaffar

gambar bersama kami sekeluarga

family sebelah perempuan







Wednesday, September 26, 2012

Blogku sudah berusia 3 tahun.

Salam,

Sejak saya mula membuat pada tahun 2009 memang tak terfikir nak buat apa pada blog saya.  Masa dulu tengok orang ada blog sibuklah diri ini nak cuba, tapi bila nak update tak tahu nak cerita apa akhirnya sepi tanpa berita.

Dari nama Insan Yang Kerdil ditukar kepada nama Rahmat Kehidupan kerana bila search nama blog yang lama terlalu banyak nama yang seangkatan dengannya.  Cuba cari nama yang sesuai akhirnya berjumpalah Rahmat Kehidupan yang memberi maksud hidup ini dipenuhi dengan rahmat samada kita gembira atau ditimpa masalah.

Saya suka membaca pelbagai cerita samada blog politik, santai, pertanian, masakan, kedai online, blog penceramah yang hebat dan banyak lagi kecuali yang tidak sepatutnya.  Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah dan sudi tinggalkan jejak.  Dapat jugak saya lihat paparan trafik light ramai jugak yang singgah.  Terima kasih semua.

Ehsan Googles


 Kalau saya sehebat Ben Ashari atau Mat Gebu tentu saya popular sekarang.... huhuhu

Thursday, September 20, 2012

Selamat Hari Lahir - Nur Hanani

Assalamualaikum,

Cetusan rasa yang lepas biarlah berlalu.  Hari ini genaplah umur anakkku yang kedua Nur Hanani binti Salim 15 tahun.  Dah seminggu dia asyik mengingatkan kami tarikh lahir dia sebab katanya kawan-kawan mesti tak ingat tarikh lahir dia.  Jadi hari ini ibu menyiarkan tarikh lahir Nani di blog ibu,  manalah tahu kan kalau ada yang sudi wish Nani nanti.



Pagi tadi ibu memang terlupa nak wish Nani selepas hantar ke sekolah barulah ibu teringat sebab sebelum ini ibu nak jadi orang pertama ucapkan Selamat Hari Lahir pada Nani.  Sorry ya,  bukan ibu sengaja disebabkan pening dengan kerenah adik-adik semasa bersiap untuk ke sekolah.

Ya Allah aku bermohon kepadaMU agar anak-anakku terutama Nur Hanani menjadi anak yang soleh, tak tinggal solat, taat kepada ibu bapa serta mudah menjawab semasa peperiksaan PMR yang tidak lama lagi dan mendapat keputusan yang membanggakan ibu dan ayah.  Bila dewasa nanti menjadi insan yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.  AMIN..... 

Thursday, September 13, 2012

Luahan Hati

Kredit untuk googles


Assalamualaikum,

Semenjak ni malas betul tuan rumah nak update blognya, entahlah macam dah kehilangan rentak untuk menaip.  Mungkin kepenatan mengikut rombongan Marhaban kampung dari rumah ke rumah yang baru saja selesai, maklumlah kawasan kampung saya ni amatlah luas dan penduduk semuanya Melayu.

Sebelum ini tinggal di kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat Cina, mmg kami ada orang Melayu kerap mengadakan aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, Marhaban rumah ke rumah dan macam-macam lagi.

Semenjak arwah ayah meninggal dunia, saya dan keluarga diminta untuk berpindah ke rumah arwah ayah supaya menjaga mak tiri saya yang tiada mempunyai anak, tetapi beliau pernah menyatakan hendak balik ke rumah orang tuanya, saya katakan tidak perlu saya boleh menjaganya.  Mungkin kerana dia tidak selesa dengan kami yang mempunyai keluarga yang ramai, dia tetap dengan keputusannya.  Saya redha.

Selepas dari itu, saya tinggal di rumah arwah ayah menjaganya seperti sediakala, saya tidak pernah menganggap rumah itu rumah saya.  Saya rapatkan hubungan dengan rakan-rakan arwah kerana hendak menyambung silaturahim dengan menghadiri kelas agama, yasinan dan marhaban hinggakan ramai yang dah rapat dengan saya.  Boleh dikatakan rakan-rakan saya adalah rakan arwah ayah dan emak saya. 

Baru-baru ini saya telah diberitahu satu berita rumah pusaka arwah ayah akan dibeli oleh adik saya.  Punah ranah, hancur lebur hati saya bila mendengar berita itu.  Boleh dibayangkan tak belum sampai setahun saya di rumah itu, sebelum ini encik suami enggan berpindah saya pujuk akhirnya lembut hatinya dan kami mengimarahkan rumah itu dengan memanjangkan pahala arwah dengan menggunakan segala bahan kitab-kitab arwah dan al-qurannya.  Niat saya hanyalah mendapat pahala dan memanjangkan pahala kedua ibu bapa saya.

Sedih pulak entri ini,  tak pelah saya tak mahu mempertahankan lagi hak saya ke atas rumah itu, apa pengorbanan saya terhadap mereka tak perlu saya cakapkan lagi.  Hanya kepada Allah saya memohon berikan kekuatan kepada diri saya dan keluarga saya.  Selagi saya masih hidup ini, saya cuma bermohon pahala sahaja daripada NYA, di atas kesabaran ini.  Ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu kerana memberi kau sentiasa menguji kesabaran ku, ini menunjukkan Tuhanku masih sayangkan aku dan tidak membiarkan hanyut dengan kelekaan atau mungkin penghapus kepada dosa-dosaku.  Sesungguhnya aku YAKIN dengan sepenuh hatiku, ada hikmah disebaliknya.  ALHAMDULILLAH.



P/S:  Maaf kerana entri ini agak tergantung....  Blog ini saya anggap sebagai dairi hidup saya, jika ada sesiapa sudi membacanya, alhamdulillah.  Jika ada yang tidak suka, sila abaikan saja.

Saturday, September 1, 2012

Today is My birthday

Assalamualaikum,


EHSAN DARI GOOGLE


Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya hidup di dunia ini.  Hari ini genaplah usiaku ke 41 tahun,  Ketika saya umur 20-an bila dengar orang berumur 40an terasa orang tu dah tua, tapi sekarang saya sendiri dah menjangkau umur 40.  Kata orang live is begin at 40, tapi saya rasa itu semua dah terlewat sepatutnya umur 40 kita perlu meningkat kali ganda usaha kita menambah iman dan lebih kuat beribadat untuk bekalan di sana.

Semuga Allah memberkati hidup ini dan menjadikan saya orang yang benar-benar beriman kepadanya.  AMEENN....

Friday, August 31, 2012

Malam Merdeka

Assalamualaikum,

Apa khabar kepada sesiapa yang singgah ke blog ini.  Semuga sihat hendaknya, kalau tak sihat jangan lupa jumpa doktor dan makan ubat mengikut yang ditetapkan.

Bercakap pasal jumpa doktor, ni cerita sikit pasal en suami saya.  Pada malam merdeka rumah kami menerima kunjungan marhaban kaum ibu kampung.  En suami bertungkus lumos menyediakan sedikit juadah untuk rombongan disebabkan saya tidak dapat cuti untuk masak-masak.

Selesai saya rombongan ke rumah akhir, kami sekeluarga berebut ke rumah adik ipar saya kerana dia mengadakan rumah terbuka jd dgn kepenatan saya drive kerana kasihan en suami yg dah kepenatan dari siang tadi.

Dalam perjalanan banyak sangat basikal dan motosikal yg berduyun ke padang untuk malam ambang merdeka.  Kesal juga dengan mereka macam mengendahkan keselamatan masing2 hinggakan kita pula kena beralah.

Di rumah adik ipar pun tak lama kerana dah kekenyangan dan kepenatan.  En suami dah terasa tak selesa, buang air kecil tak lawas tapi cuba bertahan sehingga pukul 2 pagi, dia dah start muntah dan buang air kecil langsung tak keluar.  Dah diajak ke hospital dia tak mahu, nak pergi pagi tapi pukul 4 pagi dia kejutkan saya cakap dah tak tahan, sakit dan menangkap ke pinggang.

Ahhh... dia tak boleh jadi ni kena bawak segera jugak kalau dan dah mengesyaki ini mesti kena batu karang.  Dalam hati ni takut juga sbb dari rumah boleh dengar budak2 mat rempit tak habis2 racing motor.  Tawakkal ajer mohon perlindungan dari masalah di tengah jalsn nanti.

Alhamdulillah akhirnya sampai juga di HBP, en suami terus di tolak masuk ke dalam wad kecemasan dan hati saya ni risau dengan keadaan dia dan anak-anak yang ditinggalkan di rumah tak ada orang dewasa di rumah.  Sorang pun tak tahu ayahnya sakit.  Doktor cakap dia perlu masuk di wad pemerhatian selama 4 jam jadi dapatlah saya pulang dahulu untuk uruskan anak2 dan mandi dan solat subuh sebab jarak antara rumah dan hospital lebih kurang 15 minit saja.

Balik semula ke hospital pukul 8, masih belum ada jawapan lagi samada admit wad ke tidak.  Pukul 10 doktor sahkan en suami kena kencing kotor jadi bolehlah dia pulang ke rumah.  En suami memang tak brapa gemar minum air masak, kalau saya air kegemaran ialah air masak.

Jadi malam merdeka kami di hospital dan selalunya saya suka menonton perakan hari kebangsaan di televisyen jadi hari ni melepaslah.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55.  (Hati dan jiwa saya hanya Allah yang tahu, tak gemar dgn tema tahun ni).

Tuesday, August 28, 2012

Posing di hari raya

Assalamualaikum,

Jom tengok antara koleksi gambar raya 2012






anak sulung & no 5... tido




Saturday, August 25, 2012

Salam Aidilfitri

ehsan mr googles
Assalamualaikum,

Lama betul tuan rumah tak update blog dia.  Merajuk ke dia?  Tak le kita nak merajuk cuma malas nak menaip dan mengarang ayat jer.  Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa dengan anak-anak dan suami juga tugas di tempat kerja.

Agaknya tak terlalu lewat nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan blogger, minta maaf  jika ada komen-komen yang menyinggung perasaan dan nak minta halalkan makan minum tak pernah berjumpa kita kan.  Tapi nak minta halalkan resepi-resepi yang pernah dicuba tanpa minta izin memang resepi rakan memang boleh digunakan memang menjadi.

Wasallam.

Monday, June 11, 2012

Dia peminat Maher Zain

Assalamualaikum,

Bila melihat telatah anak-anak terasa nak simpan kenangan ini biar bila mereka dewasa kelak mereka akan tersenyum dan mengimbas kembali sewaktu mereka kecil.

Tapi yang untungnya mereka yang hidup di zaman it ni, kesian anak  yg sulung hingga ke 5 kalau ada pun cuma gambar sahaja atau cerita-cerita yang diberitahu.

Kat sini nak kongsi sikit video yg sempat diambil semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat.  Kita memandu di depan, ambil kesempstan mereka kat belakang.

Anak yang bongsu ni memang peminat Maher Zain, dari album pertama lagi memang dia suka nyanyi walaupun kekadang biji butirnya apa dia sebut tak berapa jelas (syok sendiri ikut sedap mulut dia sebut)



Thursday, June 7, 2012

Rajinnya dia... tapi kantoi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga nak update blog ni sebab tak boleh nak upload gambar ada sedikit masalah teknikal.
Ini kisah anak saya yang bongsu, setiap kali balik sekolah selalu nak tolong sapu sampah di ruang tamu.  Jadi  diambilnya penyapu mulalah menyapu, sempatlah ambil gambar dia sedang menyapu.  Bila saya sedang leka rupanya dia simpan segala habuk di bawah karpet. Haaaa kantoi... terus capai kamera ambil gambar dia sebagai bukti kesalahannya.  Itulah anak bertuah, bijak nak marah pun tak jadi.

rajinnya tolong ibu


ehh buat apa tu...
ooooo itu kerja dia rupanya
tutup cepat sebelum ibu nampak..

p/s ini bukan aksi yang dibuat-buat tapi mmg dia tak perasan gambar dia diambil.


Friday, June 1, 2012

Mohon doa dari rakan

Assalamulaikum,

Sihat kalian semua? Harapan semuanya sihat walafiat kalau tak sihat jangan lupa makan ubat atau jumpa doktor.  Diri ini taklah berapa sihat sangat batuk tak baik-baik.

Petang ini kami  keluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk menghantar anak sulung saya Muhammad Hafizuddin akan mendaftar diri di UNISZA kampus Gong Badak,
chalet semua dah ditempah di Kampung Teliput harap semua berjalan lancar.

Mohon doa dari rakan semua agar perjalanan kami ini selamat pergi dan balik.  AMEEN.

Thursday, May 31, 2012

Kelas Kek



Assalamualaikum,

Lama nak masukkan entry ni, asyik tersimpan kat draft tak sempat nak update.  Oleh kerana hari ini tempat kerja saya mengishtihakan cuti kepada warganya jadi adalah masa untuk selesaikan kerja yg tertangguh ini.

Kebetulan Kolej Komuniti Batu Pahat ada menyediakan macam kelas yg sangat berguna seperti kelas mengaji, pengurusan mayat, kerja tukang, masakan, jahitan dan macam-macam lagi.  Kebetulan saya suka betul membuat kek jadi diri ini mendaftarlah di kelas membuat kek.  Pada hari itu mereka membuat kek coklat indulgance, red velvet dan congo bar.

Peserta seramai 24 orang dibahagi kepada 3 kumpulan, setiap orang ada chance untuk membuat atau mendeco kek.  Oh ya, terlupa pulak nak cakap yuran yang dikenakan taklah mahal sangat tak sampai RM 50.  Yuran-yuran untuk kelas lain berlainan harganya berbanding dgn ilmunya diberi sangat berpatutan.  Jom kita layan gambar semasa kelas tu, kebetulan saya tak bawa kamera jadi terpaksa curi dari facebook kawan, kredit untuk Saadah...

tak de gambar muka tapi dlm gambar saya sedang mengadun
kek untuk red velvet

kek coklat indulgance

congo bar

kek red velvet

Saya dah cuba buat kek red velvet sendri tapi... saya ini tak pandai dari segi hiasan so tak yalah kita siarkan dalam blog.  Jumpa lagi...

Wasallam.



Friday, May 25, 2012

Sup Ikan Tenggiri

Assalamualaikum,

Apa khabar blogger yang singgah ke laman blog yang tidak seberapa ini.  Nampaknya dalam bulan ni sikit saja cerita yang dapat dimuatkan dalam blog.

Sebenarnya sedang sibuk dgn bisnes kecil-kecilan yang baru saja ceburi.  Macam gempak saja... taklah cuma jual makanan melayu lama spt botok-botok dan kuih koleh kacang.  Nawnti kita cerita okay tapi hari ni nak kongsi resepi makan tengahari kami sekeluarga.


Sup Ikan Tenggiri

1 ekor ikan tenggiri
1biji telur (pukul sikit dahulu)
Serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

Potong kepada dua bahagian, belah ikan untuk pbisahkan isi ikan dgn tulangnya.  Buat kpd kedua-dua potongan, kikis isi ikan pada kulit ikan dgn pisau dan juga pada tulang ikan, kalau boleh sampai tak de isi ikan yang tertinggal.  Bukan, ikan tenggiri kan mahal.  Kulit dgn tulang jangan buang boleh masukkan dalam sup untuk ambil rasa manis ikan.  Tumbuk isi ikan guna lesung batu atau pakai blender kering. Dalam mangkuk lain isi ikan yang telah ditumbuk tadi dimasukkan telur yang telah dipukul tadi.  Perasakan dgn lada hitam dan sikit saja garam.

1 labu bawang besar - dimayang
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2inci halia*  ( *dikisar)
Rempah tumis (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buahn pelaga) ikut suka
5 biji kentang
Karot merah
Garam
Serbuk perasa (tak masukkan pun tak berdosa)
Daun bawang dan sup
Bwang goreng untuk hiasan

 Tumiskan rempah tumis, lepas masuk bawang besar kacau sikit baru masuk bahan yang dikisar sampai terbit minyak.  Masukkan air secukupnya (ikut suka).  Bila didih masukkan tulang ikan, kulit ikan, kentang dgn karot, lepas tu gunakan sudu kecil ceduk isi ikan tadi, jadikanlah dia macam bulat tapi bukanlah macam fish ball tu.  Seelok guna 2 sudu supaya senang nak masukkan ikan.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (saya tak suka pasal rasa ikan dah manis) secukup rasa.  Bila kentang dah empuk, masukanlah daun sup dan daun bawang yg telah dipotong.  Sudah siap sedia untuk dimakan, hidangkan dgn sambal tumis mmg sedap.....

Ini lebih kurang macam fish ball tapi homemade dan terjamin kehalalannya.  Selamat mencuba.

Perggh.... ini adalah entry terpanjang pernah saya buat. hohohob

Tuesday, May 22, 2012

Hajat Di hati

ehsan encik googles
ACER Iconia A500



Assalamulaikum,

Lama betul tak update blog, berebut dengan anak-anak ada yang nak buat kerja sekolah dan yang kecil sekali sibuk nak main game, jadi ibu dialah jadi mangsa kena bersabar. Tunggu sehingga mereka tidur barulah nak ber bw.  Kekadang tu sampai kita pun tak sempat nak bukak langsung

Alhamdulillah, encik suami kesian tengok si isteri selalu beralah (ceh... saja jer biar dia kesian) akhirnya dia telah menghadiahkan sebuah tablet.  Bukanlah Ipad atau samsung tablet tetapi hanyalah tablet Acer Iconia A500, tapi saya tetap bersyukur akhirnya tercapai hajat di hati.

Friday, May 11, 2012

Syukur...

ehsan encik googles



Assalamulaikum,

Alhamdulillah... anak saya yang sulung Muhammad Hafizuddin telah berjaya diterima melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang Diploma Undang-undang.

Nampaknya bermulalah fasa terbaru saya di mana sorang demi sorang anak meninggalkan rumah untuk menuntut pelajaran, seterusnya mereka akan berumah tangga dan tinggal ibubapa mereka saja di rumah.

Walaupun anak seramai mana, bila mereka meningkat dewasa pasti mereka perlu keluar untuk memenuhi impian mereka, sama seperti kita semasa dulu.  Saya bermohon agar Allah sentiasa melindungi mereka, dipayungi rahmat selalu dan menjadi insan mukmin yang berjaya. Insya'allah...

Tuesday, May 8, 2012

Hari Keluarga 2012



Assalamualaikum,

Entah mengapa semenjak dua menjak ni macam sepi ajer blog ni, bukan tak ada idea tetapi hendak mengadap pc macam malas.

Oklah, masa cuti hujung minggu 05.05.2012, keluarga sebelah encik suami mengadakan hari keluarga, memang setiap tahun keluarga encik suami merancang hari keluarga.  Masa tu terlupakan ada blog jadi taklah diuploadkan gambar hari Keluarga.

Bagus jugak idea diorang tau, keluarga encik suami mempunyai adik beradik seramai 12 orang, taklah semuanya dikalangan orang senang, jadi diorang berpakat kumpul duit sedikit demi sedikit.  Tahu tak budget yang selalu diorang tetapkan tak pernah lebih RM200 satu keluarga, itu termasuk penginapan, makan tengahari, minum petang, BBQ pada malam hari dan sarapan pagi.

Pada tahun ini kami pergi ke Pengkalan Balak, Melaka dan menginap di Putra Sayang Chalet, puas hati dengan tempatnya.  Tapi sayangnya saya terlupa bawa kamera pada kali ni, jadi terlepaslah merakam saat-saat gembira, disebabkan sibuk menguruskan makanan untuk rombongan Hari keluarga.  Kredit untuk anak saudara untuk gambar  di bawah.


pengkalan balak 2012
teluk sisek, mersing 2010

a famosa 2008

Orang yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ialah encik suami dan adik-adiknya Hadijah dan Salina serta tak lupa isterinya sekali dalam sumbangan idea dan pendapat.  Tahun depan tak tahu lagi nak ke mana mungkin ke pantai timur pulak kot.

Insya'allah.




Saturday, April 28, 2012

Kuching - Selamat tinggal

Assalamulaikum,

Selama saya 2 hari 2 malam di sana sebenarnya banyak jugak tempat yang kami tak sempat kunjungi antaranya perkampungan budaya Sarawak, gua angin dan macam-macam lagi.

Ada juga ambil gambar sekitar bandar kucing dan pergi ke UNIMAS pada hari terakhir dan juga pergi ke pasar Satok membeli ikan terubuk masin.  Ada banyak saiz dan harganya berbeza, teringin nak beli telur ikan terubuk tapi mak ooiii... mahalnya RM 80 tak jadilah.  Cuma beli ikannya saja untuk diberikan kepada kaum keluarga di Semenanjung.


water front
Dekat water front banyak juga kedai-kedai menjual cenderahati yang murah harganya.

setiap orang yang pergi Kucing mesti ambil gambar di replika ini.

di kawasan UNIMAS

Add caption

sempat gambar tp ditegah oleh petugas air asia , sorry bang.

Ulasan saya, jika kita tiada saudara sana eloklah dulu googleskan dulu tempat yang menarik di Sarawak dan sewalah kenderaan dengan orang yang membawanya sekali bagi memudahkan perjalanan kita.  Setakat dua hari memang tak cukup nak berjalan ke semua tempat.  Insya'allah kalau diizinkan akan datang kami akan ke sana lagi tapi bawa semua anak-anak, tapi kena kumpul dulu budgetnya.  

Insya'allah.


Friday, April 27, 2012

Kucing - Semenggoh Wildlife Center

Assalamulaikum,

Berjumpa lagi kita dalam episod Kucing 2 hari 2 malam (ceh... macam rancangan tv pulak).  Tentu tertanya kenapa 2 hari 2 malam sebab saya sampai malam dan balik petang, apa tak dipanggil 2 hari 2 malam huhuhu.

Oklah saya cepatkan episodnya, yang lain cuma singgah sekejap sebab tak cukup masa jenjalan 2 hari tu.

Saya telah meminta Encik Sohot membawa kami pergi tengok orang utan di Semenggoh Wildlife Center pada waktu pagi tapi beliau mencadangkan kami pergi waktu petang kerana orang utan keluar masa renjer bagi makan saja.  Rupanya waktu bagi orang utan tu makan pada pukul 9.00 pagi dan 3.00 petang.

Jenuh juga perjalanan ke sana tapi seronok dapat lihat perkampungan di Sarawak, leka tengok kampung orang sampai lupa nak ambil gambar.  



tu.. dia datang


jarak antara tempat saya cuma tak sampai 50m




Semasa itu ada lebih kurang 6 ekor orang utan yang keluar makan, termasuk seekor mummy orang utan dgn baby dia.  Suspen tau bila orang utan tu lalu kat pondok kita orang ambil gambar.  Tapi langkah keselamatan  telah diberitahu antara jangan cakap kuat-kuat, simpan botol air dan payung dan berkumpul jika ada kecemasan.  Jom kita tengok detik cemas tu... sorry guna kamera biasa jer.

mummy orang utan dgn baby dia

pondok tempat duduk dan ambil gambar
renjer suruh semua orang ke kawasan berkumpul

menurut renjer dia baru mencederakan pelancong dan
orang tu menerima tujuh jahitan


renjer sentiasa jaga ke mana dia pergi

lari....

apala orang nak relax skit pun takut... hihihi

dua ekor orang utan kat atas kepala kita orang semasa
berkumpul di kawasan kecemasan.
Nantikan episod akhir nanti ya. Insya'allah.