Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 29, 2012

Minat baru - Mari Menanam Sayur

Assalamu'alaikum,

Lama nak update blog tapi tertangguh kerana streamyx bermasalah yang menghalang, talipon 100 mereka kata modem rosak, tapi bila technician datang hard disk rosak.  Tapi masih boleh digunakan lagi kerana PC ni dah lama jugak hampir 4 tahun, niat nak laptop tu ada, rasanya belum ada keperluan kot nak beli.  Tapi dah timbul masalah ni akan difikirkan jugak.  Hish, asyik memceceh jer...


Sekarang ni saya ada hobi baru menanam sayur tapi sebenarnya dah lama jugak, cuma taklah seperti sekarang.

Petak merah yang banyak jasa.
Sebelum ni arwah ayah pernah tanam kobis,
cantik tau banyak orang puji

sayur sawi yang baru dialihkan dari tapak semaian

lada yang mula dan mula tunjuk hasil

cekur @ kencur

ubikayu dari lima pokok tinggal dua.

pokok limau daun tak ada sangat tapi limau sentiasa ada jer

sebahagian tanaman di belakang rumah

pokok kacang yang melilit pagar.

tapak semaian

Bila tengok ada yang dah berhasil seronok, makin banyak lagi biji benih yang nak dibeli.  Bukan apa senang nak masak tinggal petik saja.



Monday, March 26, 2012

Hal Bertudung


Assalamualaikum,

Apa khabar blogger yang menerjah blog saya.  Saya terbaca blog Liza @ Adzriel terpanggil pulak untuk menulis tentang pemakaian tudung teringin pulak untuk menyentuh isu ini tapi saya ni bukanlah seorang yang pandai membicarakan hal ini.

Memang sekarang ni banyak sekolah mewajibkan pemakaian tudung di sekolah.  Di luar waktu sekolah adalah menjadi tanggungjawab ibubapa sendiri mengingatkan anak-anak.  Tapi menyedihkan jugak ada segelintir yang telah bekerja memakai tudung ke tempat kerja saja tetapi bila keluar outstation hilang tudungnya.  Mungkin segan dengan rakan sekerja yang kebanyakkan bertudung,  Alasannya bila outstation biar nampak elegant bila bertemu dengan supplier.
Ehsan Googles
Bagaimana tanggapan orang non muslim terhadap islam? Sekejap pakai tudung, sekejap tak, mereka akan terfikir agama Islam ini boleh buat main agaknya.  Kebanyakkan orang bertudung bertambah berseri wajahnya, nampak lebih manis dan kemas.

Fikir-fikirkanlah. Wallahu;allam

Thursday, March 22, 2012

Ulangtahun ke 18

Assalamulaikum,

Terima kasih kepada blogger yang sudi singgah ke blog kesayanganku ini.  Tanggal 19 Mac lepas genap 18 tahun perkahwinan ku dengan suamiku yang tercinta Salim bin Umor.  Alhamdulillah, kami dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Sebenarnnya, kami sekeluarga hanya mengingati tarikh itu dengan tahlil dan doa selamat, tiada hadiah istimewa kerana kami tidak mahu dimanjakan, hanya ucapan dan ingatan yang paling bermakna, itu menandakan betapa pasangan kita amat menyayangi kita.
Semuga rumah tangga ku kekal hingga akhir hayat, dan berdoa agar anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan beriman kepada Allah, disamping berjaya mengejar cita-cita mereka.





Friday, March 16, 2012

Tempat Kerjaku Dah Berusia 100 tahun



Saya bekerja di salah sebuah syarikat elektronik terkemuka di dunia SHARP, dan tak sangka iana akan menyambut perayaan 100 tahun (jubli emas) pada 15 September.  Rasanya ramai dah tahu kot asal Sharp sebenarnya dari kilang pembuatan pensel yang dipanggil Ever-Sharp Pencil atau anda semua nak tahu boleh baca sejarahnya kat sini.  
Dengar cerita banyak program bersama pelanggan akan diadakan dan semestinya untuk pekerjanya sendiri, termasuklah pertandingan essei.  Saya masuk, doakan saya berjaya ya, coz hadiah pertama percutian ke Jepun, takpun dapat LCD TV 40 inci, ceh... ceh... ceh... tapi dah semestinya hadiah T-Shirt untuk setiap penyertaan.  Kalau dah dapat nanti saya ambil gambar yaa. Nak share sikit video yang Sharp buat, ada tempat kerja saya tau, kalau nampak orang yang pakai baju coklat tulah kilang tempat saya kerja tp saya pakai baju biru sbb bahagian admin.
Saya bekerja di Sharp pun dah hampir 22 tahun, lama tak?  kalau setengah orang tu dah bosan tau, sebab saya antara orang yang paling lama bekerja di situ (senior kepada adik-adik). Wasalam.






Monday, March 12, 2012

Reminder - Azam Baru



Lama saya tak update blog ni, masa nak aktifkan balik blog ni  ada pasang azam baru, sekurang-kurang mesti ada 10 atau 15 post yang dibuat tapi, emmm... hangat-hangat **** ayam.
Orang buat azam dari awal tapi ini dah bulan Mac.
Dari awal tahun hingga ke bulan Mac, anak demamlah, sendiri demam, baru-baru ni dua orang anak saya kena chicken-pox Nur Hamizah dan Nur Humairah.  Jadi masa nak mengadap blog kesayangan ini pun terbatas.
Insya'allah akan ku update aktiviti yg masih dalam kotak ingatan ini.  Oklah setakat ini insya'allah bertemu kembali...

Monday, March 5, 2012

Sedih tul

Assalamualaikum,

Sedih betul bila apa yang kita lakukan selama ini tidak dihargai, bila kita ajukan pendapat mereka menganggap idea kita low class... sedangkan  idea dia sendiri tak logik kat akal.
Adakah adil manusia macam ni tidak nampak kesalahan sendiri, di hadapan aku berlagak baik tapi di belakang aku, n**** kau lemparkan.
Ya Allah, mungkin aku yang bersalah, adakah kifarah untuk diriku... wallahuallam

ihsan en google