Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

Kelas Kek



Assalamualaikum,

Lama nak masukkan entry ni, asyik tersimpan kat draft tak sempat nak update.  Oleh kerana hari ini tempat kerja saya mengishtihakan cuti kepada warganya jadi adalah masa untuk selesaikan kerja yg tertangguh ini.

Kebetulan Kolej Komuniti Batu Pahat ada menyediakan macam kelas yg sangat berguna seperti kelas mengaji, pengurusan mayat, kerja tukang, masakan, jahitan dan macam-macam lagi.  Kebetulan saya suka betul membuat kek jadi diri ini mendaftarlah di kelas membuat kek.  Pada hari itu mereka membuat kek coklat indulgance, red velvet dan congo bar.

Peserta seramai 24 orang dibahagi kepada 3 kumpulan, setiap orang ada chance untuk membuat atau mendeco kek.  Oh ya, terlupa pulak nak cakap yuran yang dikenakan taklah mahal sangat tak sampai RM 50.  Yuran-yuran untuk kelas lain berlainan harganya berbanding dgn ilmunya diberi sangat berpatutan.  Jom kita layan gambar semasa kelas tu, kebetulan saya tak bawa kamera jadi terpaksa curi dari facebook kawan, kredit untuk Saadah...

tak de gambar muka tapi dlm gambar saya sedang mengadun
kek untuk red velvet

kek coklat indulgance

congo bar

kek red velvet

Saya dah cuba buat kek red velvet sendri tapi... saya ini tak pandai dari segi hiasan so tak yalah kita siarkan dalam blog.  Jumpa lagi...

Wasallam.



Friday, May 25, 2012

Sup Ikan Tenggiri

Assalamualaikum,

Apa khabar blogger yang singgah ke laman blog yang tidak seberapa ini.  Nampaknya dalam bulan ni sikit saja cerita yang dapat dimuatkan dalam blog.

Sebenarnya sedang sibuk dgn bisnes kecil-kecilan yang baru saja ceburi.  Macam gempak saja... taklah cuma jual makanan melayu lama spt botok-botok dan kuih koleh kacang.  Nawnti kita cerita okay tapi hari ni nak kongsi resepi makan tengahari kami sekeluarga.


Sup Ikan Tenggiri

1 ekor ikan tenggiri
1biji telur (pukul sikit dahulu)
Serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

Potong kepada dua bahagian, belah ikan untuk pbisahkan isi ikan dgn tulangnya.  Buat kpd kedua-dua potongan, kikis isi ikan pada kulit ikan dgn pisau dan juga pada tulang ikan, kalau boleh sampai tak de isi ikan yang tertinggal.  Bukan, ikan tenggiri kan mahal.  Kulit dgn tulang jangan buang boleh masukkan dalam sup untuk ambil rasa manis ikan.  Tumbuk isi ikan guna lesung batu atau pakai blender kering. Dalam mangkuk lain isi ikan yang telah ditumbuk tadi dimasukkan telur yang telah dipukul tadi.  Perasakan dgn lada hitam dan sikit saja garam.

1 labu bawang besar - dimayang
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2inci halia*  ( *dikisar)
Rempah tumis (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buahn pelaga) ikut suka
5 biji kentang
Karot merah
Garam
Serbuk perasa (tak masukkan pun tak berdosa)
Daun bawang dan sup
Bwang goreng untuk hiasan

 Tumiskan rempah tumis, lepas masuk bawang besar kacau sikit baru masuk bahan yang dikisar sampai terbit minyak.  Masukkan air secukupnya (ikut suka).  Bila didih masukkan tulang ikan, kulit ikan, kentang dgn karot, lepas tu gunakan sudu kecil ceduk isi ikan tadi, jadikanlah dia macam bulat tapi bukanlah macam fish ball tu.  Seelok guna 2 sudu supaya senang nak masukkan ikan.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (saya tak suka pasal rasa ikan dah manis) secukup rasa.  Bila kentang dah empuk, masukanlah daun sup dan daun bawang yg telah dipotong.  Sudah siap sedia untuk dimakan, hidangkan dgn sambal tumis mmg sedap.....

Ini lebih kurang macam fish ball tapi homemade dan terjamin kehalalannya.  Selamat mencuba.

Perggh.... ini adalah entry terpanjang pernah saya buat. hohohob

Tuesday, May 22, 2012

Hajat Di hati

ehsan encik googles
ACER Iconia A500



Assalamulaikum,

Lama betul tak update blog, berebut dengan anak-anak ada yang nak buat kerja sekolah dan yang kecil sekali sibuk nak main game, jadi ibu dialah jadi mangsa kena bersabar. Tunggu sehingga mereka tidur barulah nak ber bw.  Kekadang tu sampai kita pun tak sempat nak bukak langsung

Alhamdulillah, encik suami kesian tengok si isteri selalu beralah (ceh... saja jer biar dia kesian) akhirnya dia telah menghadiahkan sebuah tablet.  Bukanlah Ipad atau samsung tablet tetapi hanyalah tablet Acer Iconia A500, tapi saya tetap bersyukur akhirnya tercapai hajat di hati.

Friday, May 11, 2012

Syukur...

ehsan encik googles



Assalamulaikum,

Alhamdulillah... anak saya yang sulung Muhammad Hafizuddin telah berjaya diterima melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang Diploma Undang-undang.

Nampaknya bermulalah fasa terbaru saya di mana sorang demi sorang anak meninggalkan rumah untuk menuntut pelajaran, seterusnya mereka akan berumah tangga dan tinggal ibubapa mereka saja di rumah.

Walaupun anak seramai mana, bila mereka meningkat dewasa pasti mereka perlu keluar untuk memenuhi impian mereka, sama seperti kita semasa dulu.  Saya bermohon agar Allah sentiasa melindungi mereka, dipayungi rahmat selalu dan menjadi insan mukmin yang berjaya. Insya'allah...

Tuesday, May 8, 2012

Hari Keluarga 2012



Assalamualaikum,

Entah mengapa semenjak dua menjak ni macam sepi ajer blog ni, bukan tak ada idea tetapi hendak mengadap pc macam malas.

Oklah, masa cuti hujung minggu 05.05.2012, keluarga sebelah encik suami mengadakan hari keluarga, memang setiap tahun keluarga encik suami merancang hari keluarga.  Masa tu terlupakan ada blog jadi taklah diuploadkan gambar hari Keluarga.

Bagus jugak idea diorang tau, keluarga encik suami mempunyai adik beradik seramai 12 orang, taklah semuanya dikalangan orang senang, jadi diorang berpakat kumpul duit sedikit demi sedikit.  Tahu tak budget yang selalu diorang tetapkan tak pernah lebih RM200 satu keluarga, itu termasuk penginapan, makan tengahari, minum petang, BBQ pada malam hari dan sarapan pagi.

Pada tahun ini kami pergi ke Pengkalan Balak, Melaka dan menginap di Putra Sayang Chalet, puas hati dengan tempatnya.  Tapi sayangnya saya terlupa bawa kamera pada kali ni, jadi terlepaslah merakam saat-saat gembira, disebabkan sibuk menguruskan makanan untuk rombongan Hari keluarga.  Kredit untuk anak saudara untuk gambar  di bawah.


pengkalan balak 2012
teluk sisek, mersing 2010

a famosa 2008

Orang yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ialah encik suami dan adik-adiknya Hadijah dan Salina serta tak lupa isterinya sekali dalam sumbangan idea dan pendapat.  Tahun depan tak tahu lagi nak ke mana mungkin ke pantai timur pulak kot.

Insya'allah.