Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 28, 2012

Kuching - Selamat tinggal

Assalamulaikum,

Selama saya 2 hari 2 malam di sana sebenarnya banyak jugak tempat yang kami tak sempat kunjungi antaranya perkampungan budaya Sarawak, gua angin dan macam-macam lagi.

Ada juga ambil gambar sekitar bandar kucing dan pergi ke UNIMAS pada hari terakhir dan juga pergi ke pasar Satok membeli ikan terubuk masin.  Ada banyak saiz dan harganya berbeza, teringin nak beli telur ikan terubuk tapi mak ooiii... mahalnya RM 80 tak jadilah.  Cuma beli ikannya saja untuk diberikan kepada kaum keluarga di Semenanjung.


water front
Dekat water front banyak juga kedai-kedai menjual cenderahati yang murah harganya.

setiap orang yang pergi Kucing mesti ambil gambar di replika ini.

di kawasan UNIMAS

Add caption

sempat gambar tp ditegah oleh petugas air asia , sorry bang.

Ulasan saya, jika kita tiada saudara sana eloklah dulu googleskan dulu tempat yang menarik di Sarawak dan sewalah kenderaan dengan orang yang membawanya sekali bagi memudahkan perjalanan kita.  Setakat dua hari memang tak cukup nak berjalan ke semua tempat.  Insya'allah kalau diizinkan akan datang kami akan ke sana lagi tapi bawa semua anak-anak, tapi kena kumpul dulu budgetnya.  

Insya'allah.


Friday, April 27, 2012

Kucing - Semenggoh Wildlife Center

Assalamulaikum,

Berjumpa lagi kita dalam episod Kucing 2 hari 2 malam (ceh... macam rancangan tv pulak).  Tentu tertanya kenapa 2 hari 2 malam sebab saya sampai malam dan balik petang, apa tak dipanggil 2 hari 2 malam huhuhu.

Oklah saya cepatkan episodnya, yang lain cuma singgah sekejap sebab tak cukup masa jenjalan 2 hari tu.

Saya telah meminta Encik Sohot membawa kami pergi tengok orang utan di Semenggoh Wildlife Center pada waktu pagi tapi beliau mencadangkan kami pergi waktu petang kerana orang utan keluar masa renjer bagi makan saja.  Rupanya waktu bagi orang utan tu makan pada pukul 9.00 pagi dan 3.00 petang.

Jenuh juga perjalanan ke sana tapi seronok dapat lihat perkampungan di Sarawak, leka tengok kampung orang sampai lupa nak ambil gambar.  



tu.. dia datang


jarak antara tempat saya cuma tak sampai 50m




Semasa itu ada lebih kurang 6 ekor orang utan yang keluar makan, termasuk seekor mummy orang utan dgn baby dia.  Suspen tau bila orang utan tu lalu kat pondok kita orang ambil gambar.  Tapi langkah keselamatan  telah diberitahu antara jangan cakap kuat-kuat, simpan botol air dan payung dan berkumpul jika ada kecemasan.  Jom kita tengok detik cemas tu... sorry guna kamera biasa jer.

mummy orang utan dgn baby dia

pondok tempat duduk dan ambil gambar
renjer suruh semua orang ke kawasan berkumpul

menurut renjer dia baru mencederakan pelancong dan
orang tu menerima tujuh jahitan


renjer sentiasa jaga ke mana dia pergi

lari....

apala orang nak relax skit pun takut... hihihi

dua ekor orang utan kat atas kepala kita orang semasa
berkumpul di kawasan kecemasan.
Nantikan episod akhir nanti ya. Insya'allah.


Wednesday, April 25, 2012

Kuching - Borong Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberi keizinan oleh Allah untuk saya meneruskan update blog ini.  Kami seterusnya dibawa ke kilang kek lapis Sarawak yang cukup terkenal iaitu Kek Lapis Dayang Salhah.  Masuk saja  ke dalam tengok kek lapisnya bersusun di atas rak, wah banyaknya dan ada tester kat atas meja semuanya sedap sampai kenyang kita empat orang kerjakan... hehehe.  Bukan setakat kek lapis sarawak saya ada jugak aneka cheese cake, wuuuu my faberet.


siap ada gambar selebriti datang kat kedai dia.

kat kiri tu meja tester kek lapis dgn cheese kek yang kitorang kerjakan.

Kalau beli banyak ada percuma tau, dia siapkan packingkan untuk naik plane, caj packing RM 3 jer.





Monday, April 23, 2012

Kuching - Melawat Muzium Kuching dan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Assalamulaikum,

Kita sambung lagi kisah lawatan saya ke Sarawak, selepas makan kami pergi melawat Muzium Kucing terletak bangunan di Dewan Bandaraya Kuching Utara.  Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi  kalau bawa ada caj untuk ambil gambar guna kamera sendiri kenalah bayar digital kamera RM 4, kamera handphone RM 3 dan video kamera RM 5.

di hadapan muzium kucing

mak kucing dan anak kucing

banyaknya barang hello kitty
nanti ibu belikan yang macam ini yeee..


Seterusnya kami meneruskan perjalanan melihat tempat penting di daerah Kuching Utara sempat singgah bergambar di Dewan Undangan Negeri Sarawak.


hadapn dewan undangan negeri sarwak

Kita sambung lagi ok... Harap bersabar.




Friday, April 20, 2012

Kuching - Jom makan di Coffee 'O' Corner

Assalamualaikum,

Hari saya nak sambung balik cerita pasal kunjungan selama 2 hari 2 malam di Sarawak.  Pada keesokan paginya kami menyewa kereta Avanza bersama pemandunya sekali En. Sohot namanya, disebabkan Ezzah tidak berapa faham lagi jalan-jalan di Kuching.  Jadi kami beritahu ke mana saja nak pergi dia akan bawa dan bercerita tentang tempat menarik di Sarawak, peramah sunggguh.


So tempat pertama kami nak pergi ialah Coffee 'O' Corner nak breakfast, sebelum pergi Sarawak saya dah googles tempat yang wajib pergi kalau ke Kuching, inilah antara tempatnya dan kawan sepejabat pun ramai yang suggest makan kat situ.  Banyak sungguh makanan yang ada di situ sehingga rambang mata tak tau mana yang sedap, tapi kawan saya Rokiah pesan suruh rasa makan Roti Mayonis Daging yang popular kat situ.  So jom layan gambar makanan kami.

mee kolok sedap...

bersungguh-sungguh makan nampak!!!

Inilah roti mayonis daging

bila dah belah macam martabak daging rupanya cuma
dia curah sos dan mayonis kalau kat semanjung cicah
dengan kuah kari @ dalca

ezzah makan roti moon telur
roti canai dipotong kat bawah telur
daging tu macam daging martabak saja.

Toyana makan roti moon daging macam sama jer...

Encik suami cuma makan nasi lemak tak de semangat nak ambil gambar.  Lupa pulak nak tulis sepanjang hari tu Ezzah dan rakanya Toyana (orang Sabah) menemani kami sbb diaorang tengah cuti mid sem jadi boleh lah ikut.

thanks Ezzah dan Toy

Sebelum tu kami nak pergi ke Serikin tapi Pasar Serikin cuma pada hari Sabtu dan Ahad mengikut kata En Sohot, jadi terpaksa lupakan.  Ok... nanti kita story mory lagi.  (tak de bahan sangat, terpaksa simpan skit, boleh buat banyak skit update) huhuhu...



Thursday, April 19, 2012

Perjalanan ke Kuching

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog ini, menjenguk pun tidak. Bukan apa saya baru saje pulang dari Sarawak, jalan-jalan sambil menjenguk anak saudara saya yang sedang menuntut di Unimas.  Setelah pulang pulak, demam dan sakit kepala yang tak boleh tahan.  Jadi terbengkalailah blog ku ini, sempat berbw sekejap tadi, wah macam-macam cerita rakan blogger tulis...


Oklah sebelum ini, saya tak pernah lagi pergi ke Kuching, Sarawak, inilah pertama kali saya naik kapal terbang (jakun gitu, orang lain dah berpuluh kali pun tak heran) excited jugak masa kat airport.  Saya pergi bertiga sahaja, saya, encik suami dan Humairah (jeles abang dgn kakaknya sbb tak dapat ikut).

sorry gambar tak clear
dalam balai berlepas airport senai

Masa dalam plane sempat jugak ambik jugak sedas dua gambar buat kenangan.(org jakun mmg tak lepas peluang)

gembiranya

Kami bertolak pukul 8 lebih dan sampai di Kuching Sarawak lebih kurang pukul 10 malam.  Setiba di sana Ezzah telah menunggu kami di sana dan kami di bawa ke rumahnya di Kota Samarahan lebih kurang 20 minit dr airport Kuching.

Nanti saya update lagi kay... rasanya keluarkan sikit-sikit barulah banyak bahan nak tulis kat blog... setuju tak? *___*

Insya'allah,
Wasallam.






Saturday, April 7, 2012

Jangan Ambil Padang Kami



Assalamulaikum,


Semuga anda yang berBW terklik blog saya, berada dalam sihat walafiat.  Sudah lama hendak menulis tentang tajuk di atas tetapi tak dapat idea nak menulis. Apa yang saya tulis mungkin melibatkan kuasa yang memerintah negeri ini, saya mohon maaf kerana penulisan ini hanyalah bersifat pendapat peribadi saya.

Saya mendiami di suatu kampung berhampiran dengan sebuah istana, kampung saya adalah satu kawasan perumahan yang pertama di daerah ini. Terdapat sebuah taman permainan dan padang bola yang cukup luas menjadi tempat riadah penduduk kampung dan kawasan berhampiran.  Kadang kala sekolah berdekatan juga menggunakannya untuk membuat sukan tahunan bagi sekolah mereka.


Tetapi baru-baru ini setelah hampir 40 tahun kemudahan yang ada disediakan telah diambil balik dengan menjadikan kawasan larangan.  Kini kanak-kanak tiada tempat untuk bermain dan anak-anak muda tiada tempat untuk berlatih untuk kelab kampung saya.

Saya memohon agar taman permainan dan padang boleh digunakan semula dari dibiarkan terbiar dengan semak samun.  Mungkin ada cara lain jika tidak mahu kawasan istana diganggu kerana jarak diantaranya kira-kira 800m, dan istana tu pun sangat-sangat jarang dikunjungi.

Mohon maaf, harap jika sudi membaca fikir-fikirkanlah.

Thursday, April 5, 2012

Kisah dan Tauladan



Assalamulaikum,

Terima kasih kepada yang sudi menjengah dan memberi komen dalam blog ini.  Sesiapa yang datang ke blog silalah tinggalkan jejak, insya'allah saya akan follow sahabat sekelian dan jangan lupa follow saya ye...

Rasanya ramai yang mendengar IKIM FM, sememang IKIM FM menjadi teman saya semasa memandu ke tempat kerja di waktu pagi dan amat gemar dengan motivasi pagi yang sangat berkesan dihati. Pakar motivasi pada minggu ini ialah Ustaz Zul Ramli. Pagi ini motivasi pagi berkisar kepada manusia yang telah diberi peringatan tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka dan macam-macam lagi.  Namun ada segelintir  manusia yang masih alpa tentang tujuan hidup kita di dunia ini.


Beliau memberi satu contoh, kisah si ibu ikan memberi nasihat kepada anak-anaknya agak berhati-hati dengan cacing di dalam sungai kerana di dalam badan cacing itu ada sebatang besi tajam yang akan menyentap mereka ke atas. Bukan itu saja, badan mereka akan dikelar dengan pisau yang tajam, diletakkan garam dan kunyit, itu akan memedihkan lagi badan mereka yang sedia terluka. Dibiarkan sebentar dan selepas itu mereka akan dimasukkan ke dalam kuali berminyak panas.  Bahkan isi mereka akan dicubit-cubit dan dimakan oleh manusia malah tulang mereka akan dimakan oleh kucing yang ganas.

 Pada suatu hari anak-anak ikan telah berenang dan ternampak ada seorang cacing di dalam sungai, ada seekor anak ikan yang hendak memakan cacing tersebut tetapi ditegah oleh adik-beradiknya, disebabkan kedegilannya itu dia memakan cacing tersebut dan berlakulah apa yang diceritakan oleh ibunya.  Barulah ianya menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu dan adik-beradik.

Kita boleh fikirkan iktibar yang boleh diambil dari kisah ikan itu, jika kita mengingkari segala yang Allah perintahkan kepada umatnya.

Wa'allahuallam.

Monday, April 2, 2012

Jalan-jalan Di Hari Minggu

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, hari minggu tempoh hari encik suami membawa kami ke Johor Bahru kebetulan beliau ada sedikit urusan di sana dan juga sebagai upah kepada anak-anak yang tidak akan mengikut kami ke Kuching pada minggu hadapan.  Seperti biasa setiap kali berjalan saya gemar membawa bekalan makanan untuk berkelah, ingatkan nak berkelah berhampiran Istana Besar Johor tapi kawasannya dah ditutup pulak.

Teringat semasa kecil dahulu arwah ayah gemar membawa kami berkelah di Pantai Lido (parking tepi jalan jer dulu) tapi sekarang dah susah nak cari tempat untuk berkelah yang ada cuma di Marina Danga Bay, itupun kena parking jauh sikit untuk cari pangkin tempat makan.

anak-anak sempit posing di belakang kapal layar.

amboi besarnya buka mulut tu dik

kalau anak dah pegang kamera mulalah apa-apa juga dia ambil.
Dalam perjalanan balik, merayu pada encik suami minta bawa pergi JPO (Johor Premium Outlet) bukan niat nak shopping pun cuma menunaikan hajat dulu terlepas exit highway semasa nak pergi JPO akhir tahun lepas.  Panas terik, jalan-jalan saja sambil cuci mata dan makan ais kerim Baskin Robin jer dan solat kat sana pas tu kita pun teruskan perjalanan balik ke Batu Pahat.

muka semua kelat sebab panas terik