Bersemangat sungguh nak mengupdate blog selepas mendapat suntikan semangat dari rakan-rakan internet. Terima kasih tak terhingga tetapi takut juga kalau baru-baru aje, dah lama M besar aka malas timbul terbengkalai lagi blog ni.
Hari genap umur 6 tahun anak yang bongsu, Nur Humairah yang belajar di pra sekolah di daerah ini. Setiap hari asyik bertanya bila ibu nak bawak jajan untuk diberi pada kawan-kawan di sekolah. Jadi semalam saya mengambil cuti tahunan separuh untuk membungkus jajan dan membuat sedikit kek untuk diberikan kepada kawan-kawannya. Bukan main suka lagi dia teruja sangat sampai comot-comot muka tolong ibu dia membuat kek cawan coklat. Resepi kek coklat diambil dari blog hasue katanya kek coklat lembap chef zubaidah, memang terbaik tak manis dan sungguh lembap. Terima kasih Hasue di atas resepi itu.
Ibu mendoakan Ayuni (nama samaran untuk Nur Humairah sebab masa dia kecik dia tak sihat pak imam suruh letakkan nama lain) menjadi anak yang soleh, bijak dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin
![]() |
inilah hasil kek coklat ibu |
![]() |
kek coklat yang dah siap dipacking |
![]() |
goodies bag untuk kawan-kawan |
selamat hari lahir, comel!
ReplyDeletesemoga jadi anak yg solehah:0