Tentu terkejut kan dengan tajuk di atas. Kenapa pulak nak berhenti berblogging ker tuan rumah ni atas sebab tak de modal nak tulis ke? Sebenarnya hati ni sedang berbelah bagi samada nak berhenti kerja tau tidak. Kenapa ya? Saya sekarang bekerja di kilang elektronik Sharp di daerah Batu Pahat sebagai seorang kerani selama 22 tahun. Anda boleh baca artikel lama saya Tempat Kerjaku Dah Berusia 100 tahun sememang saya berbangga dengan sejarah itu, menunjukkan Sharp sebuah syarikat yang sangat kukuh.
Sesungguhnya kita hanya merancang hanyalah Allah yang mengetahui segalanya, ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Selepas peristiwa Tsunami March 2011, keadaan produktiviti syarikat semakin tidak menentu, kami para pekerja mulai merasa bimbang kerana tiada lagi kerja lebih masa, ada mengeluarkan VSS (Voluntarily Separation Scheme) beberapa kali sebelum ini dan banyak penutupan line production. Baru-baru ini syarikat ada mengeluarkan lagi sekali VSS untuk pekerjanya dan ada mendengar khabar berita bahawa selepas ini syarikat akan bertukar tangan kepada syarikat dari Taiwan boleh baca dari link ini.
![]() |
sumber |
Jika syarikat telah bertukar tangan mungkin tiada lagi VSS tetapi akan dikeluarkan CSS (Compulsory Seperation Scheme) pulak. Banyak beza antara VSS dan CSS antaranya VSS banyak kelebihan diantaranya sesiapa yang hendak boleh mohon dan pengiraaannya pampasan termasuk gaji x 1.75 x tahun bekerja + bonus + cuti tahunan yang tinggal. CSS pulak apa saya dengar hanyalah gaji x 3 bulan dan sesiapa saja boleh terpilih.
Saya telah memikirkan segalanya tentang apa yang perlu saya buat selepas ini, anak-anak pun menggalakkan sebabnya mereka suka jika saya ada dirumah, selalu ibu balik dari kerja ibu akan stress. Suami lagilah suka kerana sudah lama dia suruh saya berhenti kerja untuk membantunya menguruskan perniagaan kecil-kecilannya cuma tak confiden sebab nanti tak bokeh pegang duit sendiri.
Saya hanya bermohon kepada Allah semuga segala keputusan yang bakal dibuat nanti ada Rahmat di sebaliknya. Insya'allah.
sumber |
Jika ada sesiapa yang memberi cadangan yang baik untuk saya lakukan selepas ini bolehlah beri komen. Mungkin ada cadangan yang boleh difikirkan.
banyak yg perlu dilihat tapi saya rasa yang paling perlu buat masa ini ialah pergi ke HR, cuba minta pengiraan utk dua2 skim dan kemudian bawa pengiraan itu ke pejabat buruh utk second opinion.
ReplyDeletemanalah tau dr situ boleh buat keputusan.
jgn terima keputusan hr bulat2..ada kalanya mereka juga manusia yg melakukan kesilapan:)
Semoga dpt buat pilihan terbaik kak, insyaAllah...
ReplyDeletesy nak tnye mcm mana cara pengiraan utk pampasan VSS?? kenapa perlu darab dgn 1.75??? 1.75 tu utk ape??
ReplyDelete1.57 kalau x salah gaji hari
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteVSS lagi ok dari MSS
DeleteVSS=salary x 1.75% x year of service
Delete