Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 26, 2012

Blogku sudah berusia 3 tahun.

Salam,

Sejak saya mula membuat pada tahun 2009 memang tak terfikir nak buat apa pada blog saya.  Masa dulu tengok orang ada blog sibuklah diri ini nak cuba, tapi bila nak update tak tahu nak cerita apa akhirnya sepi tanpa berita.

Dari nama Insan Yang Kerdil ditukar kepada nama Rahmat Kehidupan kerana bila search nama blog yang lama terlalu banyak nama yang seangkatan dengannya.  Cuba cari nama yang sesuai akhirnya berjumpalah Rahmat Kehidupan yang memberi maksud hidup ini dipenuhi dengan rahmat samada kita gembira atau ditimpa masalah.

Saya suka membaca pelbagai cerita samada blog politik, santai, pertanian, masakan, kedai online, blog penceramah yang hebat dan banyak lagi kecuali yang tidak sepatutnya.  Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah dan sudi tinggalkan jejak.  Dapat jugak saya lihat paparan trafik light ramai jugak yang singgah.  Terima kasih semua.

Ehsan Googles


 Kalau saya sehebat Ben Ashari atau Mat Gebu tentu saya popular sekarang.... huhuhu

Thursday, September 20, 2012

Selamat Hari Lahir - Nur Hanani

Assalamualaikum,

Cetusan rasa yang lepas biarlah berlalu.  Hari ini genaplah umur anakkku yang kedua Nur Hanani binti Salim 15 tahun.  Dah seminggu dia asyik mengingatkan kami tarikh lahir dia sebab katanya kawan-kawan mesti tak ingat tarikh lahir dia.  Jadi hari ini ibu menyiarkan tarikh lahir Nani di blog ibu,  manalah tahu kan kalau ada yang sudi wish Nani nanti.



Pagi tadi ibu memang terlupa nak wish Nani selepas hantar ke sekolah barulah ibu teringat sebab sebelum ini ibu nak jadi orang pertama ucapkan Selamat Hari Lahir pada Nani.  Sorry ya,  bukan ibu sengaja disebabkan pening dengan kerenah adik-adik semasa bersiap untuk ke sekolah.

Ya Allah aku bermohon kepadaMU agar anak-anakku terutama Nur Hanani menjadi anak yang soleh, tak tinggal solat, taat kepada ibu bapa serta mudah menjawab semasa peperiksaan PMR yang tidak lama lagi dan mendapat keputusan yang membanggakan ibu dan ayah.  Bila dewasa nanti menjadi insan yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.  AMIN..... 

Thursday, September 13, 2012

Luahan Hati

Kredit untuk googles


Assalamualaikum,

Semenjak ni malas betul tuan rumah nak update blognya, entahlah macam dah kehilangan rentak untuk menaip.  Mungkin kepenatan mengikut rombongan Marhaban kampung dari rumah ke rumah yang baru saja selesai, maklumlah kawasan kampung saya ni amatlah luas dan penduduk semuanya Melayu.

Sebelum ini tinggal di kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat Cina, mmg kami ada orang Melayu kerap mengadakan aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, Marhaban rumah ke rumah dan macam-macam lagi.

Semenjak arwah ayah meninggal dunia, saya dan keluarga diminta untuk berpindah ke rumah arwah ayah supaya menjaga mak tiri saya yang tiada mempunyai anak, tetapi beliau pernah menyatakan hendak balik ke rumah orang tuanya, saya katakan tidak perlu saya boleh menjaganya.  Mungkin kerana dia tidak selesa dengan kami yang mempunyai keluarga yang ramai, dia tetap dengan keputusannya.  Saya redha.

Selepas dari itu, saya tinggal di rumah arwah ayah menjaganya seperti sediakala, saya tidak pernah menganggap rumah itu rumah saya.  Saya rapatkan hubungan dengan rakan-rakan arwah kerana hendak menyambung silaturahim dengan menghadiri kelas agama, yasinan dan marhaban hinggakan ramai yang dah rapat dengan saya.  Boleh dikatakan rakan-rakan saya adalah rakan arwah ayah dan emak saya. 

Baru-baru ini saya telah diberitahu satu berita rumah pusaka arwah ayah akan dibeli oleh adik saya.  Punah ranah, hancur lebur hati saya bila mendengar berita itu.  Boleh dibayangkan tak belum sampai setahun saya di rumah itu, sebelum ini encik suami enggan berpindah saya pujuk akhirnya lembut hatinya dan kami mengimarahkan rumah itu dengan memanjangkan pahala arwah dengan menggunakan segala bahan kitab-kitab arwah dan al-qurannya.  Niat saya hanyalah mendapat pahala dan memanjangkan pahala kedua ibu bapa saya.

Sedih pulak entri ini,  tak pelah saya tak mahu mempertahankan lagi hak saya ke atas rumah itu, apa pengorbanan saya terhadap mereka tak perlu saya cakapkan lagi.  Hanya kepada Allah saya memohon berikan kekuatan kepada diri saya dan keluarga saya.  Selagi saya masih hidup ini, saya cuma bermohon pahala sahaja daripada NYA, di atas kesabaran ini.  Ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu kerana memberi kau sentiasa menguji kesabaran ku, ini menunjukkan Tuhanku masih sayangkan aku dan tidak membiarkan hanyut dengan kelekaan atau mungkin penghapus kepada dosa-dosaku.  Sesungguhnya aku YAKIN dengan sepenuh hatiku, ada hikmah disebaliknya.  ALHAMDULILLAH.



P/S:  Maaf kerana entri ini agak tergantung....  Blog ini saya anggap sebagai dairi hidup saya, jika ada sesiapa sudi membacanya, alhamdulillah.  Jika ada yang tidak suka, sila abaikan saja.

Saturday, September 1, 2012

Today is My birthday

Assalamualaikum,


EHSAN DARI GOOGLE


Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya hidup di dunia ini.  Hari ini genaplah usiaku ke 41 tahun,  Ketika saya umur 20-an bila dengar orang berumur 40an terasa orang tu dah tua, tapi sekarang saya sendiri dah menjangkau umur 40.  Kata orang live is begin at 40, tapi saya rasa itu semua dah terlewat sepatutnya umur 40 kita perlu meningkat kali ganda usaha kita menambah iman dan lebih kuat beribadat untuk bekalan di sana.

Semuga Allah memberkati hidup ini dan menjadikan saya orang yang benar-benar beriman kepadanya.  AMEENN....