Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

Hafiz Demam

Sedang saya menyediakan sedikit juadah minum petang, anak saya yang sulung Muhammad Hafizuddin balik dari tempat kerja dia, selalunya dia balik untuk rehat pada pukul 4.30 ptg tapi pukul 2 dah balik. Rupanya dia demam badannya panas sampai tak larat nak buka mata, makan pun malas, selalunya kalau dia balik mesti tanya ibu masak apa hari? terus ambil pinggan dan makan dengan seleranya.  Tapi hari ni makan pun sikit, itu pun kena paksa.  Ya, Allah sesungguh susah dan senang adalah hakmu, kau sembuhkanlah segala apa yang sedang ditanggung oleh anak ku ini.  AMIN YA RABAL A'LAMIN.

Kesian Humairah

Assalamualaikum,

Anak saya Nur Humairah 6 tahun belajar di Pra sekolah di salah sebuah sekolah di daerah ini, mengadu pada saya dia tidak mahu bersekolah itu lagi dan nak berpindah ke sekolah lama.  Dia mengatakan bahawa rakan-rakannya tidak suka berkawan dengan dia dan selalu mengejek dia. Kesian adik, tetapi saya cakap padanya, adik kat sekolah tak de kawan tapi adik balik rumah semua sayang dan adik perlu sayang diri adik juga,  Tak usah peduli dengan orang lain, adik kena dengar cakap cikgu nanti cikgu sayang adik.

Dua minggu selepas itu saya mendengar ikim fm bersama profesor dr muhaya ada motivasi tentang anak-anak. Alhamdulillah apa yang saya lakukan sama dengan cadangan prof.

Friday, January 27, 2012

Rindu....

ALFATIHAH untuk Almarhum Ayahanda tersayang Haji Abdul Samad Bin Mahmood.

Sunday, January 8, 2012

Cuti-cuti Makan angin

Cuti sekolah tempoh hari kami tak berkesempatan ambil cuti panjang sebab cuti tahunan dah habis. Tapi cuba jugak bawa anak pergi berkelah... Suka jugak budak-budak tu.

Scene pertama di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka....
Bekalan yang dibawa Ketupat, rendang ayam, sayur kacang goreng dan sambal tumis udang. Ada jugak roti sosej  dan muffin airnya pulak air oren... tapi itu dlm pic tu air masak ajer.


Seleranya kekanda ku bersantap,,,,

Anakanda sekelian pun jugak... tapi sebenarnya dah lapar tahap gaban....

Anakanda jejaka tampan ni pemalu orangnya... tak suka di ambil gambar.

Hazira dan Hamizah bermain pasir kat tepi pantai sbb hari mcm nak hujan...




Budak ni baru lepas kena marah....

Scene kedua kami pergi Tanjung Leman, Mersing, Johor.



Main teng teng di tepi pantai

anak-anak dgn sepupu mereka






ombak di waktu pagi...







Alhamdullilah satu percutian yang menggembirakan anak-anak. :)