Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Semuga Berjumpa Lagi...

Semuga berjumpa lagi 29 Februari empat tahun lagi.


Pantai Puteri lagi



Semuga rakan blogger yg sudi menjenguk jendela saya, semuga anda semua sentiasa dalam barakah Illahi hendaknya.  Nak update entri tertangguh 2-3 hari lepas, entah kenapa skg ni cepat mengantuk pukul 9, mata dah tak leh bukak.  Hari cuba jugak nak masukkan entri ini, dah minum Nes ptg tadi, jangan sampai tak leh tidur pulak...  Takut tak sedar pulak, esok pagi anak-anak nak pergi sekolah.

Pada hari minggu hari tu, kami sekeluarga telah merancang pergi ke pantai lagi, kami memilih Pantai Puteri di Melaka.  Kami kerap pergi ke sana sbb banyak pokok-pokok, redup, ombak tak berapa kuat memang bestlah nak berkelah.  Masa dalam perjalanan setiba di Lebuh AMJ tiba-tiba ada sekatan, kereta panjang tak bergerak... apa hal pulak!!! ayooo maaa macam mana pulak aku boleh lupa hari ni ada Le Tour De Langkawi.  Dapat jugaklah ambik sedas dua gambar tergopoh gapah sbb basikal dah nak sampai.

dua pengayuh di depan,,
(alamak ada jarilah, jurugambar tak profesional...)




seronok betul anak-anak,  kami pun meneruskan perjalanan  ke pantai puteri.  Sampai di sana terus bentang tikar buka bekalan yang dibawa.

yang macam meriam tu lontong daun pisang.

kurma ayam permintaan anak-anak kuah kasi lebih, kentang kasi lebih.

roti jon & sambal tumis udang

lepas makan, apa lagi main pasirlah.  Saya tak kasi mandi sbb terlupa bawa baju salin.  Main pasirlah anak yeee...



nak buat muffin ke..



dan yang lain duduk di tempat redup saja.


dah habis makan.. rehat time



on the balik nak singgah tengok kapak selam... dapat ambik gambar dr luar ajer coz hari macam nak hujan.

insya'allah kami akan masuk nanti.

Perjalanan yang menggembirakan anak-anak.  Alhamdulillah.



Thursday, February 23, 2012

Airmata Faris mengalir sebaik menutup mata

Assalamulaikum,

Saya membuka blog Mazidur rasa sedih di atas pemergian adik Faris, bila saya membaca blog menitis air mata,

Saya sebenar baru semalam melalui blog Miles of smiles dan mendapat tahu kematian pagi tadi sungguh sedih, di sini saya kongsi dari blog Mazidur klik sini.

Tenanglah kamu di sana adik Faris, ibu dan ayahnya..., itulah saham yang berharga yang sedang menunggu kamu di Akhirat kelak.  ALFATIHAH

Sunday, February 19, 2012

Kek Karamel

Assalamulaikum,

Sementara hari minggu ni teragak pulak nak buat juadah minum petang yang special untuk keluarga, belek punya belek jumpalah blog Happy Cooking Time ternampaklah resepi Kek Karamel yang sedaaappp....

Terima kasih pada Ida kerana keknya sungguh mudah untuk membuatnya dan bahan-bahan yang sentiasa ada didapur.  Kalau sesiapa nak resepi boleh klik sini..  Jom kita layan gambar Kek Karamel

gulanya terhangus (gelap)




kualiti gambar kurang elok sbb guna handphone saja.


Selamat Hari Lahir Ayah...

Hari ini hari jadi Arwah Ayah ke 77 tahun, tapi tahun ini kami sekeluarga tak dapat sambut Hari Lahir ayah, sememangnya dulu Arwah Ayah menunggu anak-anaknya dan cucu-cucunya datang tak kira malam atau siang datang ke rumah untuk sama meraikanya. Kak Liha merancang dgn adik Kak Liha untuk buat kek untuk Ayah dan belikan satay atau apa-apa untuk dimakan bersama.  Anak-anak Kak Liha merancang untuk membelikan sesuatu untuk Atuknya.

Tapi hari ni pada hari jadi kami hanya sedekah Al-Fatihah untuk ayah, tiada lagi kek dan hadiah dan senda gurau Ayah.  Semuga roh Ayah, Emak dan Abang Man di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.  AL-FATIHAH


Gambar yang sempat diambil semasa Hari Lahir Ayah ke 75.









Saturday, February 18, 2012

Friday, February 17, 2012

Kek Batik untuk keluarga

Assalamulaikum,

Dah siap semua kerja-kerja anda semua?  Yelah kan kalau tak siap macam mana nak mengadap blog, hehehe
sudah gaharu cendana pulak.  Sambil belik2 blog terpandang pulak Kek Batik di blog Hasue, sebelum ni Kak Liha ada buat kek Batik guna telur, kadang-kadang jadi kadang-kadang tak, bergentel jadinya.

So bila nampak Kek Batik tanpa telur dan Kak Liha terus mencuba. Hasilnya sungguh menjadi, anak-anak Kak Liha sangat menyukainya.  Kalau dulu biskutnya lembap, sekarang krunchy.  Terima kasih Hasue atas resepi yang sangat mudah itu.

Sesiapa nak mencuba resepi Kek Batik Coklat bolehlah klik sini Kek Batik Coklat -Hasue



Kek Batik Coklat yang tiada rupa tapi ada rasa.





Thursday, February 16, 2012

Rahmat Ujian

Assalamualaikum, agak lama jugak saya tak menulis sesuatu di blog saya yang tak berapa orang nak jengah ni... Kak Liha baru saya sihat dari demam, cicit birit, sakit kepala dan seangkatan dengannya kalu demam.  Kebetulan satu keluarga diserang demam, dua orang anak Kak Liha disyaki demam denggi, alhamdulillah tiada yang serius.

Cuma nak lahirkan rasa tak puas hati pada layanan yang diterima di Poliklinik Batu Pahat.  Kalau diikutkan hati tak nak saya pergi ke sana, oleh sebab anak disyaki denggi terpaksa jugak lah mengadap ke sana. Nak beri nasihat sikit kat pekerja di sana.  Walaupun awak kena kerja sampai malam, tolonglah jangan berFB ke, dengar lagu ke, didepan pesakit yang sedang menunggu giliran, dahlah muka masam tak friendly langsung, cakap kasar. 

Apa-apa pun segala apa ujian yang Allah berikan kepada kami sekeluarga ini, aku redha...

Tuesday, February 7, 2012

Keluargaku

Assalamulaikum,
Lama betul tak tengok blog kesayanganku ini, selepas anakku Hafiz demam, Humairah, Hamizah dan saya pulak diserang demam sehingga tak boleh angkat kepala.  Kesian anak-anak yang lain Hanani, Harith dan Hazira yang terpaksa menguruskan sendiri keperluan harian dan kami yang sedang sakit.  Tak lupa pada suamiku yang terpaksa memasak untuk kami sekeluarga. terima kasih banyak.

Wednesday, February 1, 2012

Risaunya seorang ibu

Sebelum ini saya ada menulis tentang Hafiz demam, tak kebah sehingga malam kelmarin panas badannya sangat tinggi dan saya lihat di tangannya ada bintik merah, hati ini jadi tak sedap hati.  Jadi saya merancang untuk menghantarnya ke Hospital sekali lagi, malamnya tidur pun tak nyenyak sehingga pagi, saya minta doktor untuk buatkan blood test dan keputusannya positif demam denggi tapi tak admit kat Hospital hanya pantauan di rumah.

Dengarlah wahai anak-anak ku tak kira kamu kecil ataupun besar, hati ini tetap risau walau apa yang terjadi pada dirimu....  Semuga ALLAH memberi rahmat pada diri kalian dan lindung diri kamu di dunia dan akhirat.
AMIN...

Aduhai anak ku

Tengah belek view cam terpandang, siapalah punya keja ambil gambar ni, jom kita layan


selipar jepun pun jadi mangsa



kenapa tak ambik gambar bunga daisy

pokok lada pun ada

macam pokok kunyir je..

buah kelapa...
nak jadi fotograper agaknya.  Sebenarnya banyak sungguh yang diambil tapi tak boleh nak dingertikan bentuknya. Nanti kalu poket ibu ayah kembung kita beli kamera baru yeee..
macam ni

Itulah anak-anak, semuga menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa, negara dan menjadi insan yang beriman.  Ameen... Insya'allah.
WASSALLAM