Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 13, 2012

Luahan Hati

Kredit untuk googles


Assalamualaikum,

Semenjak ni malas betul tuan rumah nak update blognya, entahlah macam dah kehilangan rentak untuk menaip.  Mungkin kepenatan mengikut rombongan Marhaban kampung dari rumah ke rumah yang baru saja selesai, maklumlah kawasan kampung saya ni amatlah luas dan penduduk semuanya Melayu.

Sebelum ini tinggal di kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat Cina, mmg kami ada orang Melayu kerap mengadakan aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, Marhaban rumah ke rumah dan macam-macam lagi.

Semenjak arwah ayah meninggal dunia, saya dan keluarga diminta untuk berpindah ke rumah arwah ayah supaya menjaga mak tiri saya yang tiada mempunyai anak, tetapi beliau pernah menyatakan hendak balik ke rumah orang tuanya, saya katakan tidak perlu saya boleh menjaganya.  Mungkin kerana dia tidak selesa dengan kami yang mempunyai keluarga yang ramai, dia tetap dengan keputusannya.  Saya redha.

Selepas dari itu, saya tinggal di rumah arwah ayah menjaganya seperti sediakala, saya tidak pernah menganggap rumah itu rumah saya.  Saya rapatkan hubungan dengan rakan-rakan arwah kerana hendak menyambung silaturahim dengan menghadiri kelas agama, yasinan dan marhaban hinggakan ramai yang dah rapat dengan saya.  Boleh dikatakan rakan-rakan saya adalah rakan arwah ayah dan emak saya. 

Baru-baru ini saya telah diberitahu satu berita rumah pusaka arwah ayah akan dibeli oleh adik saya.  Punah ranah, hancur lebur hati saya bila mendengar berita itu.  Boleh dibayangkan tak belum sampai setahun saya di rumah itu, sebelum ini encik suami enggan berpindah saya pujuk akhirnya lembut hatinya dan kami mengimarahkan rumah itu dengan memanjangkan pahala arwah dengan menggunakan segala bahan kitab-kitab arwah dan al-qurannya.  Niat saya hanyalah mendapat pahala dan memanjangkan pahala kedua ibu bapa saya.

Sedih pulak entri ini,  tak pelah saya tak mahu mempertahankan lagi hak saya ke atas rumah itu, apa pengorbanan saya terhadap mereka tak perlu saya cakapkan lagi.  Hanya kepada Allah saya memohon berikan kekuatan kepada diri saya dan keluarga saya.  Selagi saya masih hidup ini, saya cuma bermohon pahala sahaja daripada NYA, di atas kesabaran ini.  Ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu kerana memberi kau sentiasa menguji kesabaran ku, ini menunjukkan Tuhanku masih sayangkan aku dan tidak membiarkan hanyut dengan kelekaan atau mungkin penghapus kepada dosa-dosaku.  Sesungguhnya aku YAKIN dengan sepenuh hatiku, ada hikmah disebaliknya.  ALHAMDULILLAH.



P/S:  Maaf kerana entri ini agak tergantung....  Blog ini saya anggap sebagai dairi hidup saya, jika ada sesiapa sudi membacanya, alhamdulillah.  Jika ada yang tidak suka, sila abaikan saja.

No comments:

Post a Comment