Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Perpisahan

Assalamualaikum,

Hari ini terasa pulak nak cerita pasal perpisahan.  Tempat saya bekerja ada mengeluarkan VSS kepada para pekerja, pada 31.12.2011 adalah hari terakhir bagi mereka yang mendapat tawaran berhenti secara sukarela.
Sepanjang saya bertugas di Sharp selama 21 tahun macam-macam rakan yang keluar masuk, tapi aku ni masih menjadi penunggu tetap sampai pencen gamaknya. Tapi hari ni saya rasa sangat sedih kerana seorang rakan yang bertugas lebih 19 tahun kami bekerjasama meninggalkan saya.
Untuk Najiha (lebih mesra dipanggil Kak Jiha) semuga kehidupan Kak Jiha diluar sana dirahmati, dan dalam lindungan Allah selalu. Segala kenangan kita bersama sentiasa ku simpan dan moga persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat.  Teringat satu mutiara kata "Berbahagialah dengan impian kamu kerana mungkin kamu tidak tahu bahawa itulah terbaik bagi dirimu.
Wallahuallam.

Thursday, December 29, 2011

Al-Fatihah Untuk Baby Megat Dzulkarnain Izzuddin

Salam,
Takziah kepada keluarga Fendi dan Uda (Zanariah) di atas kematian baby yang baru 4 hari dilahirkan dan belum ada nama lagi.  Macam pelik pulak kan takkan doktor tak dapat kesan sakit baby masa dilahirkan, menurut Uda masa baby keluar, babynya biru tapi doktor check tak de apa-apa, jadi esoknya dibawa balik ke rumah.
Masa di rumah baby ok ajer, tapi sebelum dia meninggal baby tak minum dari pagi, dipaksa minum pun dia tak nak, disuapkan air tersedak.  Mereka bawa baby ke klinik kesihatan tapi doktor mengesahkan baby dah tak de.... Bayangkanlah betapa sedihnya Uda baby yang sihat tiba-tiba dah tak de....  Jenazah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan baby meninggal kerana masalah jantung.
Untuk Uda dan Fendi, sabarlah kerana ini dugaan Allah, yang hanya meminjamkan untuk sebentar waktu, itu adalah saham untuk kalian di akhirat kelak. Al-Fatihah

Wednesday, December 28, 2011

Letih menunggu tuan punya rumah...

Assalamulaikum,
Lama betul tak menjenguk blog ini, hampir 2 tahun selepas kerap menjenguk blog yatie chomeyl dan juwita fariz terdetik pulak untuk terus blog yang dah lama terbiar ni...