Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 15, 2012

Selamat Kembali

Assalamulaikum,

Apa khabar pengunjung alam maya yang masih lagi singgah di blog saya yang sungguh sepi beberapa bulan ini.  Setelah entri yang lepas saya masih lagi rentak untuk menulis dan berkongsi cerita dengan kalian semua, sibuk bagaikan Perdana Menteri tak sempat nak mengadap lappy kesayangan ku.

Berkenaan tajuk entri yang lepas, mungkin ramai yang nak tahu apakah yang berlaku selepas itu kan....  keputusan muktamad telah diambil saya telah berhenti kerja.  Setelah difikir berulang kali dan bermohon kepada Allah keputusan yang bakal diambil akhirnya hati ini berat kepada berhenti kerja.  Saya rasa rezki saya lebih luas lagi bila berada di luar.

Saya jugak tidak duduk berdiam diri, goyang kaki tanpa berbuat apa-apa, tapi semakin sibuk menghadiri kelas-kelas membuat kek dan mendeko kek, menerima tempahan membuat kuih, katering dan macam-macam lagi.  Sampaikan anak-anak cakap ibu ni lebih sibuk semenjak berhenti kerja.

Sebelum terlupa saya nak promote rakan-rakan menjadi follower blog saya yang baru sangat dilancarkan iaitu Saliha Sweet Home.  Insya'allah akan sentiasa diupdate dari masa hingga kesemasa.

Wasallam.

Friday, October 5, 2012

Berhenti atau Tidak???

Assalamualaikum,

Tentu terkejut kan dengan tajuk di atas.  Kenapa pulak nak berhenti berblogging ker tuan rumah ni atas sebab tak de modal nak tulis ke?  Sebenarnya hati ni sedang berbelah bagi samada nak berhenti kerja tau tidak.  Kenapa ya?  Saya sekarang bekerja di kilang elektronik Sharp di daerah Batu Pahat sebagai seorang kerani selama 22 tahun.  Anda boleh baca artikel lama saya Tempat Kerjaku Dah Berusia 100 tahun sememang saya berbangga dengan sejarah itu, menunjukkan Sharp sebuah syarikat yang sangat kukuh.

Sesungguhnya kita hanya merancang hanyalah Allah yang mengetahui segalanya, ku harapkan panas hingga ke petang  rupanya hujan di tengahari.  Selepas peristiwa Tsunami March 2011, keadaan produktiviti syarikat semakin tidak menentu, kami para pekerja mulai merasa bimbang kerana tiada lagi kerja lebih  masa, ada mengeluarkan VSS (Voluntarily Separation Scheme) beberapa kali sebelum ini dan banyak penutupan line production.  Baru-baru ini syarikat ada mengeluarkan lagi sekali VSS untuk pekerjanya dan ada mendengar khabar berita bahawa selepas ini syarikat akan bertukar tangan kepada syarikat dari Taiwan boleh baca dari link ini.


sumber

Jika syarikat telah bertukar tangan mungkin tiada lagi VSS tetapi akan dikeluarkan CSS (Compulsory Seperation Scheme) pulak.  Banyak beza antara VSS dan CSS antaranya VSS banyak kelebihan diantaranya sesiapa yang hendak boleh mohon dan pengiraaannya pampasan termasuk gaji x 1.75 x tahun bekerja + bonus + cuti tahunan yang tinggal.  CSS pulak apa saya dengar hanyalah gaji x 3 bulan dan sesiapa saja boleh terpilih.

Saya telah memikirkan segalanya tentang apa yang perlu saya buat selepas ini, anak-anak pun menggalakkan sebabnya mereka suka jika saya ada dirumah, selalu ibu balik dari kerja ibu akan stress.  Suami lagilah suka kerana sudah lama dia suruh saya berhenti kerja untuk membantunya menguruskan perniagaan kecil-kecilannya cuma tak confiden sebab nanti tak bokeh pegang duit sendiri.

Saya hanya bermohon kepada Allah semuga segala keputusan yang bakal dibuat nanti ada Rahmat di sebaliknya. Insya'allah.


sumber

Jika ada sesiapa yang memberi cadangan yang baik untuk saya lakukan selepas ini bolehlah beri komen.  Mungkin ada cadangan yang boleh difikirkan.










Thursday, October 4, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 6 Nur Humairah Binti Salim

Assalamualaikum,

Bersemangat sungguh nak mengupdate blog selepas mendapat suntikan semangat dari rakan-rakan internet.  Terima kasih tak terhingga tetapi takut juga kalau baru-baru aje, dah lama M besar aka malas timbul terbengkalai lagi blog ni.

Hari genap umur 6 tahun anak yang bongsu, Nur Humairah yang belajar di pra sekolah di daerah ini.  Setiap hari asyik bertanya bila ibu nak bawak jajan untuk diberi pada kawan-kawan di sekolah.  Jadi semalam saya mengambil cuti tahunan separuh untuk membungkus jajan dan membuat sedikit kek untuk diberikan kepada kawan-kawannya.  Bukan main suka lagi dia teruja sangat sampai comot-comot muka tolong ibu dia membuat kek cawan coklat.  Resepi kek coklat diambil dari blog hasue katanya kek coklat lembap chef zubaidah, memang terbaik tak manis dan sungguh lembap.  Terima kasih Hasue di atas resepi itu.

Ibu mendoakan Ayuni (nama samaran untuk Nur Humairah sebab masa dia kecik dia tak sihat pak imam suruh letakkan nama lain) menjadi anak yang soleh, bijak dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.  Amin


inilah hasil kek coklat ibu

kek coklat yang dah siap dipacking

goodies bag untuk kawan-kawan


Selamat Pengantin Baru - Suhaila & Muzaffar

Assalamualaikum,

Agaknya sibuk selama seminggu ini, berulang alik ke kampung kerana menyiapkan persiapan untuk menerima orang baru di rumah kakak ipar saya.  Almaklumlah anak pertama mestilah banyak yang perlu dilakukan tapi bukan anak sulung yang berkahwin tetapi adiknya dahulu.h

Orang kampung mestilah segalanya nak di buat sendiri barulah kata orang datang feel nak buat kerja kahwin.  Sebenarnya  ramai anak saudara yang dah berkahwin, sekarang dah jadi nenek kepada 8 orang cucu sedara.

Seronok bila dah jumpa semuanya, sungguh meriah dan bila dipanggil nenek cik terasa dah tua pulak, tapi best.  Harap dapat menjamu mata sekitar majlis perkahwinan.

 Semuga Suhaila dan Muzaffar (Ila dan Apor) berbahgia menempuh alam rumah tangga, bertolak ansur dan berkekalan hingga ke syurga. Amin

bersanding di rumah suhaila

bersanding di rumah Muzaffar

gambar bersama kami sekeluarga

family sebelah perempuan







Wednesday, September 26, 2012

Blogku sudah berusia 3 tahun.

Salam,

Sejak saya mula membuat pada tahun 2009 memang tak terfikir nak buat apa pada blog saya.  Masa dulu tengok orang ada blog sibuklah diri ini nak cuba, tapi bila nak update tak tahu nak cerita apa akhirnya sepi tanpa berita.

Dari nama Insan Yang Kerdil ditukar kepada nama Rahmat Kehidupan kerana bila search nama blog yang lama terlalu banyak nama yang seangkatan dengannya.  Cuba cari nama yang sesuai akhirnya berjumpalah Rahmat Kehidupan yang memberi maksud hidup ini dipenuhi dengan rahmat samada kita gembira atau ditimpa masalah.

Saya suka membaca pelbagai cerita samada blog politik, santai, pertanian, masakan, kedai online, blog penceramah yang hebat dan banyak lagi kecuali yang tidak sepatutnya.  Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah dan sudi tinggalkan jejak.  Dapat jugak saya lihat paparan trafik light ramai jugak yang singgah.  Terima kasih semua.

Ehsan Googles


 Kalau saya sehebat Ben Ashari atau Mat Gebu tentu saya popular sekarang.... huhuhu

Thursday, September 20, 2012

Selamat Hari Lahir - Nur Hanani

Assalamualaikum,

Cetusan rasa yang lepas biarlah berlalu.  Hari ini genaplah umur anakkku yang kedua Nur Hanani binti Salim 15 tahun.  Dah seminggu dia asyik mengingatkan kami tarikh lahir dia sebab katanya kawan-kawan mesti tak ingat tarikh lahir dia.  Jadi hari ini ibu menyiarkan tarikh lahir Nani di blog ibu,  manalah tahu kan kalau ada yang sudi wish Nani nanti.



Pagi tadi ibu memang terlupa nak wish Nani selepas hantar ke sekolah barulah ibu teringat sebab sebelum ini ibu nak jadi orang pertama ucapkan Selamat Hari Lahir pada Nani.  Sorry ya,  bukan ibu sengaja disebabkan pening dengan kerenah adik-adik semasa bersiap untuk ke sekolah.

Ya Allah aku bermohon kepadaMU agar anak-anakku terutama Nur Hanani menjadi anak yang soleh, tak tinggal solat, taat kepada ibu bapa serta mudah menjawab semasa peperiksaan PMR yang tidak lama lagi dan mendapat keputusan yang membanggakan ibu dan ayah.  Bila dewasa nanti menjadi insan yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.  AMIN..... 

Thursday, September 13, 2012

Luahan Hati

Kredit untuk googles


Assalamualaikum,

Semenjak ni malas betul tuan rumah nak update blognya, entahlah macam dah kehilangan rentak untuk menaip.  Mungkin kepenatan mengikut rombongan Marhaban kampung dari rumah ke rumah yang baru saja selesai, maklumlah kawasan kampung saya ni amatlah luas dan penduduk semuanya Melayu.

Sebelum ini tinggal di kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat Cina, mmg kami ada orang Melayu kerap mengadakan aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, Marhaban rumah ke rumah dan macam-macam lagi.

Semenjak arwah ayah meninggal dunia, saya dan keluarga diminta untuk berpindah ke rumah arwah ayah supaya menjaga mak tiri saya yang tiada mempunyai anak, tetapi beliau pernah menyatakan hendak balik ke rumah orang tuanya, saya katakan tidak perlu saya boleh menjaganya.  Mungkin kerana dia tidak selesa dengan kami yang mempunyai keluarga yang ramai, dia tetap dengan keputusannya.  Saya redha.

Selepas dari itu, saya tinggal di rumah arwah ayah menjaganya seperti sediakala, saya tidak pernah menganggap rumah itu rumah saya.  Saya rapatkan hubungan dengan rakan-rakan arwah kerana hendak menyambung silaturahim dengan menghadiri kelas agama, yasinan dan marhaban hinggakan ramai yang dah rapat dengan saya.  Boleh dikatakan rakan-rakan saya adalah rakan arwah ayah dan emak saya. 

Baru-baru ini saya telah diberitahu satu berita rumah pusaka arwah ayah akan dibeli oleh adik saya.  Punah ranah, hancur lebur hati saya bila mendengar berita itu.  Boleh dibayangkan tak belum sampai setahun saya di rumah itu, sebelum ini encik suami enggan berpindah saya pujuk akhirnya lembut hatinya dan kami mengimarahkan rumah itu dengan memanjangkan pahala arwah dengan menggunakan segala bahan kitab-kitab arwah dan al-qurannya.  Niat saya hanyalah mendapat pahala dan memanjangkan pahala kedua ibu bapa saya.

Sedih pulak entri ini,  tak pelah saya tak mahu mempertahankan lagi hak saya ke atas rumah itu, apa pengorbanan saya terhadap mereka tak perlu saya cakapkan lagi.  Hanya kepada Allah saya memohon berikan kekuatan kepada diri saya dan keluarga saya.  Selagi saya masih hidup ini, saya cuma bermohon pahala sahaja daripada NYA, di atas kesabaran ini.  Ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu kerana memberi kau sentiasa menguji kesabaran ku, ini menunjukkan Tuhanku masih sayangkan aku dan tidak membiarkan hanyut dengan kelekaan atau mungkin penghapus kepada dosa-dosaku.  Sesungguhnya aku YAKIN dengan sepenuh hatiku, ada hikmah disebaliknya.  ALHAMDULILLAH.



P/S:  Maaf kerana entri ini agak tergantung....  Blog ini saya anggap sebagai dairi hidup saya, jika ada sesiapa sudi membacanya, alhamdulillah.  Jika ada yang tidak suka, sila abaikan saja.