Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 5, 2012

Kisah dan Tauladan



Assalamulaikum,

Terima kasih kepada yang sudi menjengah dan memberi komen dalam blog ini.  Sesiapa yang datang ke blog silalah tinggalkan jejak, insya'allah saya akan follow sahabat sekelian dan jangan lupa follow saya ye...

Rasanya ramai yang mendengar IKIM FM, sememang IKIM FM menjadi teman saya semasa memandu ke tempat kerja di waktu pagi dan amat gemar dengan motivasi pagi yang sangat berkesan dihati. Pakar motivasi pada minggu ini ialah Ustaz Zul Ramli. Pagi ini motivasi pagi berkisar kepada manusia yang telah diberi peringatan tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka dan macam-macam lagi.  Namun ada segelintir  manusia yang masih alpa tentang tujuan hidup kita di dunia ini.


Beliau memberi satu contoh, kisah si ibu ikan memberi nasihat kepada anak-anaknya agak berhati-hati dengan cacing di dalam sungai kerana di dalam badan cacing itu ada sebatang besi tajam yang akan menyentap mereka ke atas. Bukan itu saja, badan mereka akan dikelar dengan pisau yang tajam, diletakkan garam dan kunyit, itu akan memedihkan lagi badan mereka yang sedia terluka. Dibiarkan sebentar dan selepas itu mereka akan dimasukkan ke dalam kuali berminyak panas.  Bahkan isi mereka akan dicubit-cubit dan dimakan oleh manusia malah tulang mereka akan dimakan oleh kucing yang ganas.

 Pada suatu hari anak-anak ikan telah berenang dan ternampak ada seorang cacing di dalam sungai, ada seekor anak ikan yang hendak memakan cacing tersebut tetapi ditegah oleh adik-beradiknya, disebabkan kedegilannya itu dia memakan cacing tersebut dan berlakulah apa yang diceritakan oleh ibunya.  Barulah ianya menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu dan adik-beradik.

Kita boleh fikirkan iktibar yang boleh diambil dari kisah ikan itu, jika kita mengingkari segala yang Allah perintahkan kepada umatnya.

Wa'allahuallam.

2 comments:

  1. Manusia selalu tewas dgn nafsu.. Sering alpa walau berkali2 diingatkan..

    ReplyDelete
  2. manusia perlu sentiasa diberi peringatan, tp ada jugak yang masih ingkar...

    ReplyDelete