Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 7, 2012

Jangan Ambil Padang Kami



Assalamulaikum,


Semuga anda yang berBW terklik blog saya, berada dalam sihat walafiat.  Sudah lama hendak menulis tentang tajuk di atas tetapi tak dapat idea nak menulis. Apa yang saya tulis mungkin melibatkan kuasa yang memerintah negeri ini, saya mohon maaf kerana penulisan ini hanyalah bersifat pendapat peribadi saya.

Saya mendiami di suatu kampung berhampiran dengan sebuah istana, kampung saya adalah satu kawasan perumahan yang pertama di daerah ini. Terdapat sebuah taman permainan dan padang bola yang cukup luas menjadi tempat riadah penduduk kampung dan kawasan berhampiran.  Kadang kala sekolah berdekatan juga menggunakannya untuk membuat sukan tahunan bagi sekolah mereka.


Tetapi baru-baru ini setelah hampir 40 tahun kemudahan yang ada disediakan telah diambil balik dengan menjadikan kawasan larangan.  Kini kanak-kanak tiada tempat untuk bermain dan anak-anak muda tiada tempat untuk berlatih untuk kelab kampung saya.

Saya memohon agar taman permainan dan padang boleh digunakan semula dari dibiarkan terbiar dengan semak samun.  Mungkin ada cara lain jika tidak mahu kawasan istana diganggu kerana jarak diantaranya kira-kira 800m, dan istana tu pun sangat-sangat jarang dikunjungi.

Mohon maaf, harap jika sudi membaca fikir-fikirkanlah.

4 comments:

  1. Salam Norliha,
    Dah cuba buat permohonan rasmi kpd pihak berwajib tak? Kesian anak2 tiada tempat beriadah.. Bimbang ke lain pulak mereka nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu siapa yang dimohon samada sultan atau pihak berwajib.....

      Delete
  2. bila mereka tidak mendengar rintihan kita, takut gejala buruk jadi hobi baru anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih jugak, orang yg bertanggung hal kampung macam tak nampak jer...

      Delete