Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 2, 2012

Jalan-jalan Di Hari Minggu

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, hari minggu tempoh hari encik suami membawa kami ke Johor Bahru kebetulan beliau ada sedikit urusan di sana dan juga sebagai upah kepada anak-anak yang tidak akan mengikut kami ke Kuching pada minggu hadapan.  Seperti biasa setiap kali berjalan saya gemar membawa bekalan makanan untuk berkelah, ingatkan nak berkelah berhampiran Istana Besar Johor tapi kawasannya dah ditutup pulak.

Teringat semasa kecil dahulu arwah ayah gemar membawa kami berkelah di Pantai Lido (parking tepi jalan jer dulu) tapi sekarang dah susah nak cari tempat untuk berkelah yang ada cuma di Marina Danga Bay, itupun kena parking jauh sikit untuk cari pangkin tempat makan.

anak-anak sempit posing di belakang kapal layar.

amboi besarnya buka mulut tu dik

kalau anak dah pegang kamera mulalah apa-apa juga dia ambil.
Dalam perjalanan balik, merayu pada encik suami minta bawa pergi JPO (Johor Premium Outlet) bukan niat nak shopping pun cuma menunaikan hajat dulu terlepas exit highway semasa nak pergi JPO akhir tahun lepas.  Panas terik, jalan-jalan saja sambil cuci mata dan makan ais kerim Baskin Robin jer dan solat kat sana pas tu kita pun teruskan perjalanan balik ke Batu Pahat.

muka semua kelat sebab panas terik


4 comments:

  1. seronok bila sesekali dapat jalan2 menghilangkan stressss

    ReplyDelete
  2. seminggu punya stress kat tempat kerja hilang.

    ReplyDelete
  3. Anak2 yang terlebih seronok kan.. Mak Bapak budak tumpang seronok cos anak2 seronok..

    ReplyDelete