Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

Kelas Kek



Assalamualaikum,

Lama nak masukkan entry ni, asyik tersimpan kat draft tak sempat nak update.  Oleh kerana hari ini tempat kerja saya mengishtihakan cuti kepada warganya jadi adalah masa untuk selesaikan kerja yg tertangguh ini.

Kebetulan Kolej Komuniti Batu Pahat ada menyediakan macam kelas yg sangat berguna seperti kelas mengaji, pengurusan mayat, kerja tukang, masakan, jahitan dan macam-macam lagi.  Kebetulan saya suka betul membuat kek jadi diri ini mendaftarlah di kelas membuat kek.  Pada hari itu mereka membuat kek coklat indulgance, red velvet dan congo bar.

Peserta seramai 24 orang dibahagi kepada 3 kumpulan, setiap orang ada chance untuk membuat atau mendeco kek.  Oh ya, terlupa pulak nak cakap yuran yang dikenakan taklah mahal sangat tak sampai RM 50.  Yuran-yuran untuk kelas lain berlainan harganya berbanding dgn ilmunya diberi sangat berpatutan.  Jom kita layan gambar semasa kelas tu, kebetulan saya tak bawa kamera jadi terpaksa curi dari facebook kawan, kredit untuk Saadah...

tak de gambar muka tapi dlm gambar saya sedang mengadun
kek untuk red velvet

kek coklat indulgance

congo bar

kek red velvet

Saya dah cuba buat kek red velvet sendri tapi... saya ini tak pandai dari segi hiasan so tak yalah kita siarkan dalam blog.  Jumpa lagi...

Wasallam.



2 comments:

  1. saya pon teringin jugak nak join kelas kek mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kat sini ada kolej komuniti jd bolehlah join sekali kalu nak pegi yg private mahal sangat tak mampu
      Lg pun rasanya sama mcm yg dijual kat secret recipe.
      Ini pun yg diberitahu oleh rakan-rakan.

      Delete