Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Pantai Puteri lagi



Semuga rakan blogger yg sudi menjenguk jendela saya, semuga anda semua sentiasa dalam barakah Illahi hendaknya.  Nak update entri tertangguh 2-3 hari lepas, entah kenapa skg ni cepat mengantuk pukul 9, mata dah tak leh bukak.  Hari cuba jugak nak masukkan entri ini, dah minum Nes ptg tadi, jangan sampai tak leh tidur pulak...  Takut tak sedar pulak, esok pagi anak-anak nak pergi sekolah.

Pada hari minggu hari tu, kami sekeluarga telah merancang pergi ke pantai lagi, kami memilih Pantai Puteri di Melaka.  Kami kerap pergi ke sana sbb banyak pokok-pokok, redup, ombak tak berapa kuat memang bestlah nak berkelah.  Masa dalam perjalanan setiba di Lebuh AMJ tiba-tiba ada sekatan, kereta panjang tak bergerak... apa hal pulak!!! ayooo maaa macam mana pulak aku boleh lupa hari ni ada Le Tour De Langkawi.  Dapat jugaklah ambik sedas dua gambar tergopoh gapah sbb basikal dah nak sampai.

dua pengayuh di depan,,
(alamak ada jarilah, jurugambar tak profesional...)




seronok betul anak-anak,  kami pun meneruskan perjalanan  ke pantai puteri.  Sampai di sana terus bentang tikar buka bekalan yang dibawa.

yang macam meriam tu lontong daun pisang.

kurma ayam permintaan anak-anak kuah kasi lebih, kentang kasi lebih.

roti jon & sambal tumis udang

lepas makan, apa lagi main pasirlah.  Saya tak kasi mandi sbb terlupa bawa baju salin.  Main pasirlah anak yeee...



nak buat muffin ke..



dan yang lain duduk di tempat redup saja.


dah habis makan.. rehat time



on the balik nak singgah tengok kapak selam... dapat ambik gambar dr luar ajer coz hari macam nak hujan.

insya'allah kami akan masuk nanti.

Perjalanan yang menggembirakan anak-anak.  Alhamdulillah.



2 comments:

  1. seronok tengok anak2 hepi jenjalan. lama tak update kak. busy ek?

    ReplyDelete