Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 16, 2012

Tempat Kerjaku Dah Berusia 100 tahun



Saya bekerja di salah sebuah syarikat elektronik terkemuka di dunia SHARP, dan tak sangka iana akan menyambut perayaan 100 tahun (jubli emas) pada 15 September.  Rasanya ramai dah tahu kot asal Sharp sebenarnya dari kilang pembuatan pensel yang dipanggil Ever-Sharp Pencil atau anda semua nak tahu boleh baca sejarahnya kat sini.  
Dengar cerita banyak program bersama pelanggan akan diadakan dan semestinya untuk pekerjanya sendiri, termasuklah pertandingan essei.  Saya masuk, doakan saya berjaya ya, coz hadiah pertama percutian ke Jepun, takpun dapat LCD TV 40 inci, ceh... ceh... ceh... tapi dah semestinya hadiah T-Shirt untuk setiap penyertaan.  Kalau dah dapat nanti saya ambil gambar yaa. Nak share sikit video yang Sharp buat, ada tempat kerja saya tau, kalau nampak orang yang pakai baju coklat tulah kilang tempat saya kerja tp saya pakai baju biru sbb bahagian admin.
Saya bekerja di Sharp pun dah hampir 22 tahun, lama tak?  kalau setengah orang tu dah bosan tau, sebab saya antara orang yang paling lama bekerja di situ (senior kepada adik-adik). Wasalam.






2 comments:

  1. ini memang super senior kak. saya paling lam kerja di sony, bangi larat 12 tahun je. tabik hormat kak! perlu kesabaran yg tinggi.

    ReplyDelete
  2. memang pun liza, kalau tak sabar dah lama berhenti...
    bertemu jodoh pun kat sharp jugak... hihihi

    ReplyDelete