Pages

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

Kesian Humairah

Assalamualaikum,

Anak saya Nur Humairah 6 tahun belajar di Pra sekolah di salah sebuah sekolah di daerah ini, mengadu pada saya dia tidak mahu bersekolah itu lagi dan nak berpindah ke sekolah lama.  Dia mengatakan bahawa rakan-rakannya tidak suka berkawan dengan dia dan selalu mengejek dia. Kesian adik, tetapi saya cakap padanya, adik kat sekolah tak de kawan tapi adik balik rumah semua sayang dan adik perlu sayang diri adik juga,  Tak usah peduli dengan orang lain, adik kena dengar cakap cikgu nanti cikgu sayang adik.

Dua minggu selepas itu saya mendengar ikim fm bersama profesor dr muhaya ada motivasi tentang anak-anak. Alhamdulillah apa yang saya lakukan sama dengan cadangan prof.

No comments:

Post a Comment