Assalamu'alaikum,
Lama nak update blog tapi tertangguh kerana streamyx bermasalah yang menghalang, talipon 100 mereka kata modem rosak, tapi bila technician datang hard disk rosak. Tapi masih boleh digunakan lagi kerana PC ni dah lama jugak hampir 4 tahun, niat nak laptop tu ada, rasanya belum ada keperluan kot nak beli. Tapi dah timbul masalah ni akan difikirkan jugak.
Hish, asyik memceceh jer...
Sekarang ni saya ada hobi baru menanam sayur tapi sebenarnya dah lama jugak, cuma taklah seperti sekarang.
Petak merah yang banyak jasa.
Sebelum ni arwah ayah pernah tanam kobis,
cantik tau banyak orang puji
 |
sayur sawi yang baru dialihkan dari tapak semaian |
 |
lada yang mula dan mula tunjuk hasil |
 |
cekur @ kencur |
 |
ubikayu dari lima pokok tinggal dua. |
 |
pokok limau daun tak ada sangat tapi limau sentiasa ada jer |
 |
sebahagian tanaman di belakang rumah |
 |
pokok kacang yang melilit pagar. |
 |
tapak semaian |
Bila tengok ada yang dah berhasil seronok, makin banyak lagi biji benih yang nak dibeli. Bukan apa senang nak masak tinggal petik saja.